Calon Kerajaan Madani bawa 5 teras manifesto perkasa Kuala kubu Bahru

Calon Pakatan Harapan Pang Sock Tao menunjukkan poster mengenai manifestonya pada program Ceramah Mega Perpaduan malam tadi. (Gambar Bernama)

HULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH) menggariskan lima teras utama dalam manifestonya yang dilancarkan malam tadi bagi PRK Kuala Kubu Baharu.

Lima teras yang terkandung dalam manifesto bertemakan ‘Kekal Kuala Kubu’ itu tertumpu kepada aspek ekonomi, kemudahan, alam sekitar dan rekreasi, warisan dan budaya serta kesejahteraan rakyat.

Pang Sock Tao yang mewakili kerajaan perpaduan dalam PRK itu ketika membentangkan manifesto berkata di bawah teras ekonomi, beliau mahu merancakkan aktiviti ekonomi berlandaskan pembangunan industri di Hulu Selangor, selain memperkasakan sektor pelancongan tempatan dan keusahawanan.

“Saya juga akan memperjuangkan pelaburan berteknologi tinggi yang akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya ketika melancarkan manifesto berkenaan pada program Ceramah Mega Perpaduan malam tadi.



Pang, 31, berkata di bawah teras kemudahan, beliau berhasrat untuk melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pengangkutan serta kemudahan awam selain mahu meningkatkan kelajuan capaian Internet di Kuala Kubu Baharu.

Menerusi teras alam sekitar dan rekreasi pula, bekas setiausaha akhbar kepada menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata beliau mahu memastikan Kuala Kubu Baharu melalui proses pembangunan mampan dan dalam masa sama tidak mengenepikan aspek pemeliharaan alam sekitar.

“Di bawah teras warisan dan budaya pula, saya juga akan melancarkan inisiatif memulihara dan mengangkat warisan serta budaya di Kuala Kubu Baharu. Saya bertekad untuk memulihara dan mengekalkan Kuala Kubu Baharu sebagai tapak warisan dan budaya yang unggul di Malaysia,” katanya.

Pang berkata soal kesejahteraan rakyat juga diberikan keutamaan dalam manifestonya agar tiada yang terpinggir.



“Saya merakamkan terima kasih kepada pimpinan parti kerana memilih saya sebagai calon. Inilah manifesto saya sekiranya terpilih menjadi wakil rakyat.

“Manifesto ini adalah hasil maklum balas yang saya terima daripada penduduk Kuala Kubu Baharu yang saya temui selepas hampir seminggu berkempen selain hasil kajian yang dijalankan oleh saya dan pasukan kempen,” katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu yang bermula 27 April lepas, menyaksikan Pang ditentang oleh calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut, Parti Rakyat Malaysia Hafizah Zainuddin serta calon bebas Nyau Ke Xin.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.



Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei ini sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada Selasa ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker