Petaling Street digempur, DBKL sita kerusi meja buat halangan tempat awam

DBKL menjalankan operasi ke atas premis makanan yang meletakkan kerusi, meja, gerai beroda, payung, tong gas di laluan pejalan kaki secara haram di Jalan Sultan (Petaling Street) malam tadi. – Foto ihsan DBKL

KUALA LUMPUR: Jalan Sultan (Petaling Street) sekali lagi digempur Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi operasi khas yang menyasarkan premis makanan malam tadi.

Menurut kenyataan DBKL di Facebook, empat restoran dikenakan tindakan kerana meletakkan kerusi, meja, gerai beroda, payung, tong gas di laluan pejalan kaki secara haram.

“Tindakan Khas Pindah ini diketuai Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Noor Azman Mahlin bersama 32 pegawai dan anggota dengan menyasarkan premis perniagaan yang melakukan kesalahan halangan.

“Operasi juga menyasarkan premis yang beroperasi tanpa lesen diusahakan warga asing,” menurut kenyataan itu.



Menurut kenyataan itu, sebanyak empat kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan satu notis di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Iklan 1982 serta enam di bawah Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959.

“80 peralatan perniagaan yang disita, dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong Taman Miharja, Cheras untuk rekod dan dokumentasi.

“DBKL mengingatkan kepada mana-mana pemilik premis perniagaan agar memastikan syarat-syarat lesen sentiasa dipatuhi dan tidak membuat sebarang halangan di tempat dan laluan awam,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira



“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker