Parlimen bukan mahkamah bahas kes Zahid – Anwar

Parlimen bukan mahkamah bahas kes Zahid – Anwar

Anwar Ibrahim berkata keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden Umno Zahid Hamidi tidak boleh dibahas dalam sidang khas Parlimen.

Perdana menteri berkata Parlimen bukan mahkamah untuk membahaskan keputusan yang sudah ditetapkan hakim dan semua pihak perlu memahami konsep pengasingan kuasa.



“Tak apa itu pandangan anak muda. Kita santuni. Mana boleh kes mahkamah nak runding di Parlimen. Dia kena faham pembahagian kuasa. Parlimen bukan mahkamah yang boleh dia tanya soalan dan kita cuba jawab. Sebab peguam negara bukan Ahli Parlimen dan bukan menteri.

“Jadi, kita boleh harus ada ruang untuk mana-mana Ahli Parlimen bertanya. Tetapi jangan jadikan Parlimen itu sidang mahkamah,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sri Petaling.

Beliau mengulas desakan Pemuda PKR supaya diadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan keputusan DNAA terhadap Zahid.

Ia dibuat Naib Ketua Pemuda PKR, Atyrah Hanim Razali, yang mahu satu tempoh diberikan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mencari bukti baharu bagi mendakwa semula Zahid.



Mahkamah pada 4 Sept lalu melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, dan pengubahan wang membabitkan dana Yayasan Akalbudi; selepas timbalan pendakwa raya memaklumkan AGC ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat itu.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam keputusannya memaklumkan pihak pendakwaan memberikan beberapa alasan termasuk keperluan menyiasat tuduhan dengan lebih lanjut dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kandungan buku oleh bekas peguam negara, Tommy Thomas. FMT

Parlimen bukan mahkamah bahas kes Zahid – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker