Calon BN, Amizar Abu Adam anak jati Felda Chemomoi

Calon BN, Amizar Abu Adam, sedia menetap sepenuh masa di Felda Chemomoi untuk berkhidmat kepada rakyat di kawasan setempat sekiranya diangkat sebagai Adun Pelangai pada 7 Okt nanti.

Jelasnya, dia adalah anak jati Felda Chemomoi dan sehingga kini masih sering balik ke kawasan berkenaan meskipun ada perniagaan di luar kerana memiliki kediaman di kawasan terbabit.

“Dah berhijrah lama, baliklah untuk berkhidmat, rumah dah ada kenapa tidak?



“Kalau kali ini dipilih oleh rakyat (sebagai Adun) bolehlah selalu ada di Chemomoi,” katanya dalam program bual bicara yang disiarkan Pahang Media.

Mengulas lanjut, Amizar berkata dia adalah anak jati Felda Chemomoi, lahir dan mendapat pendidikan di situ sebelum berhijrah ke luar.

Semalam Haslihelmy DM Zulhasli yang juga ahli Umno ketika ditemui media mendakwa dia membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas apabila BN mempertaruhkan Amizar.

Dia mendakwa kecewa apabila Amizar bukan anak tempatan namun diangkat sebagai calon BN.



“Bila saya bertanding dekat Bentong, bukan saya nak berlawan dengan kepimpinan BN… tetapi caranya.

“Kalau letak calon sesuai saya tak lawan, saya berlapang dada, tapi letak Amizar, bukan anak tempatan,” katanya kepada media selepas proses penamaan calon

Amizar berkata orang Felda Chemomoi juga mengenalinya kerana dia juga memiliki ladang dan mengusahakan penternakan lembu di kawasan itu.

“Saya duduk di Chemomoi […] dan sekolah di Chemomoi.



“Masa saya duduk di Chemomoi sampai tingkatan lima orang Felda kena saya, saya ketua pelajar ketika itu.

“Selapas itu kerja di luar tapi terpaksa ulang-alik, kita (saya) ada ladang, saya ada buat lembu sikit-sikit. Tak adalah kita balik (buat pengumuman) ‘oiii saya balik Felda’,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker