Buaya Tanjung Bidara cecah 200 kg, Perhilitan pasang 2 sangkar perangkap

Gambar Hiasan

Buaya yang berkeliaran di pesisir Pantai Tanjung Bidara dan Kuala Linggi di sini dipercayai mempunyai saiz sepanjang lebih dua meter dan berat hampir 200 kilogram (kg).

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Mohd. Firrdhaus Mahmood berkata, orang ramai yang melihat kelibat buaya itu dinasihatkan agar tidak menghampiri atau melakukan provokasi terhadapnya.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya belum menerima laporan serangan reptilia ganas itu terhadap pelancong, penduduk dan nelayan.

Katanya, bagi memastikan keselamatan masyarakat, Perhilitan bersama agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melaksanakan operasi dan pemantauan selama dua bulan bagi menangkap dan memindahkan buaya berkenaan.



“Belum ada serangan ke atas orang awam sebab kita pasti sumber makanan masih banyak. Sebagai langkah awal, kita akan pantau dahulu laluan buaya tersebut dan meletakkan dua sangkar, masing-masing di Kuala Linggi dan Tanjung Bidara.

“Lokasi sangkar akan diubah jika tiada tangkapan dalam tempoh dua minggu. Kaedah kita gunakan adalah dengan mengesan kesan tapak kaki serta habitatnya. Belum ada keperluan menggunakan sonar buat masa ini,” katanya kepada pemberita ketika operasi menangkap dan memindahkan buaya di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai populasi buaya di Melaka, Mohd. Firrdhaus berkata, Sungai Kuala Linggi merekodkan jumlah tertinggi dengan anggaran 260 ekor mendiaminya.

Menurutnya, data berkenaan diperoleh berdasarkan inventori hidupan liar tahunan Perhilitan dan spesis utama di sungai itu adalah buaya tembaga terdiri daripada pelbagai saiz.



“Saya rasa nelayan di sekitar Sungai Kuala Linggi pun mengetahui jumlah buaya ini. Setakat ini tiada laporan kejadian tidak diingini diterima kerana sumber makanan yang masih mencukupi.

“Apa yang penting adalah sungai yang menjadi habitat buaya tidak diganggu termasuk pencemaran yang boleh menyebabkan sumber makanan terjejas,” ujarnya. – UTUSAN

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri



Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang

Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker