Makan Piza Ketika Sarapan Lebih Baik Berbanding Bijirin Bergula – Pakar Nutrisi

Makan Piza Ketika Sarapan Lebih Baik Berbanding Bijirin Bergula – Pakar Nutrisi

BIJIRIN adalah antara makanan paling popular yang diambil oleh kebanyakan orang ketika sarapan pagi.

Ia sering dijaja sebagai makanan yang mengandungi pelbagai jenis khasiat yang diperlukan oleh tubuh dan merupakan makanan sempurna untuk memulakan hari.

Namun, pakar nutrisi yang berasal dari New York, Chelsey Amer berkata, makan piza untuk sarapan sebenarnya lebih baik berbanding bijirin bergula.

Bagaimanapun, katanya, itu bukanlah bermakna piza merupakan makanan yang sihat untuk memulakan hari anda, tetapi ia alternatif yang lebih baik berbanding bijirin yang kaya dengan gula.

Bijirin adalah salah satu makanan paling popular yang diambil ketika sarapan pagi.

“Sepotong piza keju biasa mengandungi sumber khasiat yang seimbang termasuk karbohidrat, protein dan lemak.

“Semangkuk bijirin bergula dengan susu rendah lemak pula sebahagian besarnya mengandungi gula dan karbohidrat yang amat tinggi,” katanya kepada ABC News.

Chelsey berkata dia tidak mengesyorkan piza sebagai sarapan harian, tetapi sebaliknya mahu orang ramai sedar akan kandungan yang terdapat di dalam bijirin bergula.

“Orang ramai harus fokus terhadap keseimbangan sumber khasiat makanan yang mempunyai karbohidrat berserat tinggi, protein tanpa lemak, dan lemak yang sihat agar kekal kenyang sepanjang pagi.

“Sangat mengejutkan apabila mengetahui bahawa piza mengandungi protein yang sama atau lebih tinggi daripada bijirin yang menjadi makanan utama yang kanak-kanak Amerika ambil untuk sarapan,” katanya.

Makan Piza Ketika Sarapan Lebih Baik Berbanding Bijirin Bergula – Pakar Nutrisi


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker