Elya KWSP kembali dengan i-citra



Elya KWSP kembali dengan i-citra

Ramai ceria Elya kembali

Kemunculan semula avatar bernama Elya yang merupakan penasihat kewangan online Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menceriakan hari ramai netizen sejak semalam.

Pemilik akaun TikTok @yusafayunos bertindak kreatif apabila menghasilkan video parodi Elya memberi ucapan menggunakan lenggok suaranya yang sengaja dibuat mirip penyanyi Siti Nurhaliza.

“Hai assalamualaikum apa khabar semua? Ingat lagi tak dengan Elya? Dulu kan i-Sinar. Sekarang kita i-Citra.




“Walaupun Elya sentiasa tersenyum dengan rakyat Malaysia ini tapi dalam hati Elya ada perasan tahu jadi berdebar juga bulan depan Elya sudah mula bertugas,” ucap ‘Elya’ dalam video itu.

Elya dilihat telah mula memberi penerangan mengenai kemudahan pengeluaran baharu i-Citra susulan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

“Cik Elya muncul kembali. Mesti ramai yang merindui. Harap-harap Elya tak penat nanti,” ulas netizen bernama D’young Nizam.

“Selamat kembali Elya. Tetap comel. Rambut ‘rebond’,” tulis Nik Norliana berkongsi poster penerangan Elya di laman Facebook miliknya.

“Elya ke tu rindunya,” komen Atu Tah Nyangku.




Ada juga yang lebih nakal menyunting gambar Elya dengan penampilan ‘terkini’ yang kelihatan agak berisi.

“Bekerja dari rumah ya kakak hingga berat badan naik. Sudah boleh mula diet suku suku separuh,” ujar seorang netizen bernama Naz Azni. K Online


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kempen kibar bendera putih jika putus bekalan makanan dapat sambutan



Leave a Reply

Your email address will not be published.