[VIDEO] Wartawan Israel gelabah, makcik Palestin tenang bawa barang dapur
BAITULMAQDIS – Seorang koresponden stesen televisyen Israel, i24 News dikecam hebat netizen apabila berlebih-lebihan ketika melaporkan situasi tegang di Pintu Gerbang Damsyik di Masjid al-Aqsa.
Ketika berlintas langsung, wartawan terbabit, Pierre Klochendler dilihat lengkap memakai topi keselamatan atau ‘combat helmet’ seolah-olah membuat laporan dari medan perang.
Dalam laporannya, Klochendler mendakwa situasi di kawasan itu kelam-kabut dan orang ramai dilanda panik gara-gara tindakan umat Islam yang berhimpun di Pintu Gerbang Damsyik membaling mercun, batu dan molotov koktail ke arah pasukan keselamatan Israel.
Namun, ketika sedang berlintas langsung dengan mimik muka panik, seorang wanita Palestin tiba-tiba dilihat berjalan di belakang Klochendler seperti tiada apa yang berlaku.
Dalam rakaman itu, wanita terbabit dipercayai mahu pulang ke rumahnya sambil kedua-dua tangannya membawa beg plastik berisi barang dapur.
Susulan laporan berat sebelah dan berunsur fitnah itu, Klochendler dihentam netizen malah diberi gelaran wartawan paling pengecut.
“Pandai dia berlakon. Pemangsa jadi mangsa.”
“Makcik tudung tu rileks je, dia apa hal gelabah?
“Eh…Orang Palestin ada hak berhimpun di situ. Itu tempat mereka.”
“Tentera Israel tembak dulu, habis tu berserah saja?
“Media pro-Israel. Penjajah jadi hero, orang Palestin digelar militan,” kata beberapa netizen.
Siri pertempuran pertama pada malam Jumaat lalu menyaksikan hampir 200 rakyat Palestin cedera dalam serangan Israel di tempat ketiga paling suci buat umat Islam itu.
Tunjuk perasaan pada malam kedua itu didorong cubaan peneroka Yahudi untuk mengambil alih rumah Palestin di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah.
Insiden itu adalah yang terburuk pernah berlaku di Masjid al-Aqsa sejak 2017.
Susulan itu, mahkamah menangguhkan keputusan kes membabitkan pertikaian membabitkan pendatang Israel dan penduduk Palestin bagi mengelakkan keadaan jadi bertambah tegang.
Ketegangan di Baitulmaqdis Timur semakin memuncak beberapa minggu kebelakangan ini selepas tentera Israel mengenakan sekatan akses ke beberapa bahagian di kota lama itu ketika bulan Ramadan.
Masjid al-Aqsa dianggap oleh puak Yahudi Israel sebagai lokasi paling suci bagi agama itu yang dikenali sebagai Temple Mount. – Agensi
Baca Artikel Menarik
- Resepi Terung Goreng Berlada Sedap
- Rahsia Laksa Utara Padu & Pekat Style Orang Niaga
- Resepi Kek Marble Lembap
- Uqasha Dan Kamal Sudah Bernikah!
- Resepi Puding Agar Agar Karamel Tanpa Telur
- Resepi Rendang Daging Hari Raya
Layari Laman Facebook My KMU NeT
You must be logged in to post a comment.