Polis cari pemilik Twitter fitnah kena kompaun RM30,000


SEREMBAN – Pemilik sebuah akaun Twitter dikesan polis susulan memuat naik hantaran berbentuk fitnah kepada pasukan polis mengenai perlaksanaan kompaun perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri 2021 di Nilai Impian, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, pihaknya menafikan gambar tular di media sosial berhubung pelaksanaan operasi pihak polis yang mengenakan kompaun sebanyak RM25,000 kepada tuan rumah dan RM5,000 kepada tetamu atas kesalahan melanggar SOP Aidilfitri 2021.

Menurutnya, gambar yang dimuat naik berkenaan sebaliknya merupakan gambar pemeriksaan rumah ke rumah pada hari raya pertama Aidilfitri di sekitar kawasan perumahan di Nilai Impian.

“Gambar itu telah disalah tafsir sebagai tindakan kompaun. Kejadian sebenar adalah kita melakukan tinjauan bersama dengan pihak media untuk melihat kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Aidilfitri di kawasan berkenaan.



“Dalam tinjauan semalam, kita mendapati kadar pematuhan penduduk di kawasan perumahan di Nilai Impian berada pada tahap tinggi dan tiada sebarang aktiviti yang melanggar (SOP) ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Fazley menasihatkan agar orang ramai menghentikan sebarang penyebaran gambar atau berita tidak tepat untuk dimuat naik atau dikongsi di laman sosial.

Berdasarkan tinjauan ke atas pemilik akaun Twitter berkenaan, individu tersebut merupakan Ketua Editor sebuah portal. K Online

Hantar kuih raya antara alasan nak rentas daerah, negeri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker