Kehabisan wang, penganggur nekad curi 1.6 tan durian
Kehabisan wang, penganggur nekad curi 1.6 tan durian

HANOI – Seorang penganggur ditahan kerana didakwa memecah masuk sebuah kebun durian di Vietnam sebelum melarikan 1.6 tan buah tersebut, lapor portal berita VNExpress.
Suspek bernama Tang Ngoc Hien, 21, itu diberkas di komun Ea Knuec di wilayah Dak Lak, baru-baru ini.
Tangkapan dibuat sehari selepas pihak berkuasa menerima aduan daripada penduduk tempatan mengenai aktiviti mencurigakan di kawasan itu.
Hien memberitahu polis bahawa dia mengembara dari Hai Phong ke Dak Lak untuk bekerja, namun dia kehilangan pekerjaan dan kehabisan wang, menyebabkan suspek mencuri durian untuk menyara hidup.
Menurutnya, dia menyasarkan kebun-kebun yang mempunyai kawalan keselamatan yang longgar serta kurang dilalui orang ramai.
“Suspek berjaya melakukan pencurian sebanyak dua kali sebelum ditangkap semasa percubaan ketiganya,” kata polis tempatan.
Pihak berkuasa mendapati suspek mencuri lebih 1.6 tan dan mendapatkan semula buah tersebut sebelum dikembalikan kepada pemilik mereka. – AGENSI
Kehabisan wang, penganggur nekad curi 1.6 tan durian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAU Cetus Semangat Juang, Keberanian Hadapi PRU Ke-16 – Ahmad Maslan
- Syahbuddin Terus Bawa Suara, Keperluan Rakyat Galas
- RCI TH: Menteri Bertanggungjawab Dari PH Juga Patut Disiasat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Multaqa Ilmuwan Islam, Konvensyen Pendidikan Melayu Buka Tirai PAU 2026
You must be logged in to post a comment.