Rumah hijau ‘kebal’ tsunami lumpur di Nepal
Rumah hijau ‘kebal’ tsunami lumpur di Nepal

KATHMANDU – Sebuah rumah berwarna hijau di Nepal menjadi sensasi internet kerana kekal teguh ketika banjir lumpur deras menenggelamkan kebanyakan kediaman dan menghanyutkan bangunan di sekitarnya, lapor portal berita Gulf News.
Kejadian berlaku ketika banjir dahsyat melanda Nuwakot, wilayah Bagmati pada Rabu minggu lepas.
Rakaman video dimuat naik di platform X oleh akaun @Deb_livnletliv menunjukkan rumah itu kekal utuh ketika banjir lumpur mengalir deras di kawasan tersebut pada kelajuan yang menggerunkan, sambil menghanyutkan bangunan dan serpihan di laluannya.
Sekurang-kurangnya tiga anggota keluarga dilihat berada di balkoni sambil menyaksikan banjir deras mengelilingi kediaman mereka.
Bagaimanapun rumah berkenaan berjaya menahan arus deras, manakala keluarga terbabit dilaporkan selamat, lapor Reuters Connect.
Rakaman itu mencatatkan lebih 16,000 tontonan dan kebanyakan pengguna media sosial kagum dengan ketahanan struktur rumah tersebut.
“Syabas kepada mereka yang membina rumah itu,” kata seorang netizen. – AGENSI
Rumah hijau ‘kebal’ tsunami lumpur di Nepal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Momentum Kemenangan PRN Jadi Suntikan Semangat Menjelang PAU 2026
- Akta Insolvensi Rentas Sempadan 2026 Berkuat Kuasa, Perkukuh Perlindungan Pelaburan Dan Pekerjaan
- Jaga Diri, Jaga Keluarga Ketika Kualiti Udara Menurun
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.