Isu replika lembu, pihak berkuasa digesa siasat ikut Akta Hasutan

Isu replika lembu, pihak berkuasa digesa siasat ikut Akta Hasutan. Dekorasi replika lembu memakai kain samping serta songkok di Bulatan Jalan Air Itam, Georgetown bukanlah suatu tindakan yang tidak sengaja.

‘Masak’ benar dengan modus operandi ‘buat dulu, minta maaf kemudian’

Melihat kepada insiden itu, Pengerusi PEMBELA, Haji Aminuddin Yahaya percaya orang Melayu dan Islam sudah muak dengan perkara sedemikian dan masak benar dengan modus operandi ‘buat dulu, minta maaf kemudian’.

“Rupanya Ramadan tahun ini ada banyak isu-isu yang mengguris hati umat Islam.

“Saya kira bukanlah tidak sengaja kerana kita sudah muak dan masak benar dengan taktik mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, tular di media sosial mengenai dekorasi Hari Raya Aidilfitri di Bulatan Jalan Air Itam yang memaparkan seekor lembu memakai samping serta songkok.

Selepas dikecam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam, Joseph Ng Soon Siang memohon maaf susulan dekorasi berkenaan.

Joseph berkata, pihaknya tidak berniat untuk mengguris sensitiviti mana-mana pihak khususnya bagi yang beragama Islam dengan membuat dekorasi sedemikian.

Menempelak kenyataan itu, Haji Aminuddin berkata, mustahil seorang wakil rakyat tidak tahu perkara sensitif yang paling asas sebegini.

“Murah betul maruah orang Melayu Islam di mata mereka.

Replika lembu bersongkok, samping, ADUN Air Itam mohon maaf

“Paling tidak pun, mesti ada pegawai yang menasihati atau ada mana-mana rakan parti yang berbangsa Melayu dan beragama Islam untuk semak.

“Sekali lagi; apa mereka kisah. Tak perlu ‘check’ pun. Buat sahaja, kalau kena kecam minta maaf dengan harapan orang Melayu akan maafkan seperti biasa,” katanya.

Susulan itu, beliau meminta orang Melayu di kawasan tersebut cakna dengan isu ini dan menyalurkan kemarahan sewaktu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Kita tahu, orang Melayu di situ marah dengan tindakan ini tetapi tolonglah terjemahkan kemarahan tersebut sewaktu PRU-15 nanti. Ingat peristiwa ini betul-betul nanti. Tolak mereka dari menjadi ADUN mahupun Ahli Parlimen kalian.

“Ini bukan kali pertama provokasi sebegini berlaku, umat Islam dihina dan dipersenda.

“Mohon pihak berkuasa lakukan siasatan atas Akta Hasutan dalam isu ini. Ini masanya untuk benar-benar bertegas,” katanya.

Isu replika lembu, pihak berkuasa digesa siasat ikut Akta Hasutan


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Darurat wajib dilakukan untuk tangani COVID-19 – Hadi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker