10 tradisi raya zaman dahulu yang kian terpinggir ditelan zaman

10 tradisi raya zaman dahulu yang kian terpinggir ditelan zaman10 tradisi raya zaman dahulu yang kian terpinggir ditelan zaman
10 tradisi raya zaman dahulu yang kian terpinggir ditelan zaman.  raya Aidilfitri, sambutan perayaan yang ditunggu oleh umat Islam. Raya setiap tahun tiba, tetapi sambutannya mungkin sudah banyak yang berubah jika hendak dibandingkan zaman dahulu dan sekarang.

Zaman berubah, dunia semakin maju dengan pelbagai teknologi. Ia turut memberi kesan dalam tradisi sambutan hari raya. Sudah tentu budak-budak yang membesar dari era tahun 70-an, 80-an dan 90-an dahulu terasa perbezaan sambutan Aidilfitri zaman dahulu dengan zaman sekarang.

Ini antaranya…

1.KAD RAYA




Zaman dahulu apabila tiba saja bulan puasa, mula kelihatan penjualan kad raya di mana-mana. Ada macam-macam saiz kad dengan kata-kata ucapan selamat hari raya. Kad yang ada muzik dah dikira gempak ketika itu, dikira yang termahal.

Tradisi menghantar kad raya sangat popular dahulu. Kalau zaman sekarang posmen sibuk menghantar barangan, tetapi dahulu warga posmen sangat sibuk untuk menghantar jutaan kad raya di bulan puasa. Mana yang terlambat pos, bermakna selepas raya baru penerima menerima kad mereka.

Dahulu, terasa begitu seronok bila terima kad raya daripada posmen. Lagi pula jika kad raya tu adalah balasan daripada orang ternama seperti golongan artis atau daripada kekasih hati. Malah, kad raya itu turut digantung untuk dijadikan perhiasan. Kemudian ia disimpan sebagai kenangan.

Sayangnya pada hari ini sudah sukar untuk melihat kad raya dijual. Perubahan zaman telah menamatkan riwayat kad raya. Zaman sekarang orang hanya menggunakan teknologi melalui gajet atau media sosial untuk menulis ucapan raya.



2.TAKBIR KELILING KAMPUNG


Aktiviti popular zaman dahulu pada malam terakhir puasa. Akan diadakan kumpulan untuk bertakbir dari rumah ke rumah ke sekeliling kampung. Budak-budak memang suka sangat untuk sama-sama ikut takbir berkumpulan ini kerana ia peluang untuk mereka mengutip duit raya.

3.PELITA TUJUH LIKUR


Disebut sebagai pesta malam tujuh likur, pelita minyak tanah atau lampu panjut akan dipasang di sekeliling rumah. Zaman dahulu, pelita itu dibuat sendiri sama ada menggunakan bekas tin susu atau buluh, sebelum pelita moden mulai dijual. Ketika itu, apabila hendak tiba ke penghujung puasa atau 10 malam terakhir Ramadan, orang akan mula mencari buluh untuk memasang panjut.



Tradisi ini kian pupus apatah lagi bila punjut dan pelita moden daripada plastik yang beraneka warna mulai dijual di pasaran.

Apabila punjut mula dihidupkan, semangat raya kian memuncak. Bukan saja menghiasi perkarangan rumah, ia juga masa untuk kanak-kanak rancak bermain bunga api dan mercun. Pada waktu begini juga selalunya penduduk akan melakukan aktiviti gotong royong mengacau dodol atau membuat pulut manis.

4.SANTAN


Zaman dahulu apabila hendak memasak untuk hari raya, penting untuk mendapatkan santan segar. Di kawasan kampung, pokok kelapa mudah ditemui. Dulu bila nak raya, akan ada tukang panjat pokok kelapa. Kelapa itu akan dikukur bagi mendapatkan hasil santan yang segar. Zaman sekarang berbeza, semua sudah menjadi lebih mudah. Nak santan, order saja dari kedai. Nak lagi senang, tuang santan kotak saja.



5.BUAT KUIH RAYA


Orang-orang zaman dahulu akan membuat sendiri kuih raya. Sedap tak sedap belakang cerita, yang penting ada kuih raya di atas meja untuk tetamu. Para ibu akan dibantu oleh anak-anak perempuannya. Ada juga yang buat kuih raya beramai-ramai, contohnya buat kuih dengan adik beradik atau sesama jiran tetangga. Lebih meriah. Sambil buat kuih, sambal membawang bak kata orang sekarang. Zaman sekarang, kuih raya lebih mudah dibeli. Jimat masa dan tenaga.

6.ANYAM KETUPAT


Dua tiga hari nak raya, orang akan mula sibuk mencari daun palas atau pucuk kelapa untuk dianyam. Juga mencari buluh dan kayu bakar untuk melemang, Para ibu akan siap dengan senarai berapa banyak santan, beras pulut dan bahan-bahan lain yang diperlukan. Lepas pengumuman raya, akan bersengkang mata untuk memasak semua juadah. Memang penat sangat tapi seronok. Zaman sekarang dah mudah. Tak mahu letih boleh beli saja semuanya. Bahkan, ketupat dan lemang pun dah dimodenkan ada jenis yang segera. Tak perlu susah-susah hendak bakar seperti zaman dulu.



7.PERANG MERIAM BULUH


Zaman dulu bila tiba penghujung puasa memang meriah dengan bermain bunga api dan mercun. Kira aktiviti wajib, lagi pula bila dah berkumpul sepupu sepapat di kampung. Lebih gempak yang bermain meriam buluh yang merupakan permainan tradisi di kampung-kampung. Masing-masing hendak tunjuk hebat, bunyi meriam siapa yang lebih power. Tetapi, apabila setiap tahun banyak kecederaan berlaku sehingga ada yang meragut nyawa dan memusnahkan harta benda, mercun dan segala bentuk aktiviti bahan letupan ini telah diharamkan oleh kerajaan demi untuk keselamatan.

8.BEBAS BERMAIN


Apabila semua ahli keluarga yang jauh pulang ke kampung berkumpul semasa saudara, anak-anak bebas bermain sekeliling kampung. Anak-anak bandar seronok merasa pelbagai aktiviti permainan kampung. Bila tiba hari raya, masing-masing akan bersatu untuk keliling kampung bagi mencari duit raya. Tetapi pada hari ini, suasana begitu sudah semakin kurang dirasai kerana anak-anak generasi hari ini lebih leka dengan gajet.



9.PENGUMUMAN RAYA


Ini waktu yang dinanti-nanti. Masa ni, semua akan berkumpul di depan TV untuk menyaksikan pengisytiharan pengumuman hari raya. Sebaik saja tarikh hari raya diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja, semua akan menjerit kegirangan. Kanak-kanak melompat riang, manakala yang orang tua pula akan bergegas ke reban nak tangkap ayam untuk disembelih.

10.SAMPAIKAN AIDILFITRI


Ingat lagi rancangan popular ni? Dulu zaman sebelum adanya teknologi, rancangan Sampaikan Salam Aidilfitri pada malam malam raya ini amat dinantikan. Sambil buat persiapan hari raya, sambil dengar TV atau tonton rancangan ini. Seronok bila dengar ucapan hari raya oleh para pendengar diselang seli dengan persembahan artis jemputan yang menyanyikan lagu-lagu raya. Lagi best kalau tiba-tiba ada pesanan yang dibaca itu ditujukan kepada kita, atau pesanan raya kita berjaya dipilih untuk dibacakan. Tak pun kita berjaya mendail nombor talian rancangan itu untuk mengucapkan selamat hari raya. Bangga masa tu tau. Rancangan ni sangat popular kerana waktu itu tiada lagi lambakan stesen dan program TV seperti sekarang. Utv


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Sambutan Aidilfitri dengan norma baharu demi kebaikan bersama – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker