Sambutan Aidilfitri dengan norma baharu demi kebaikan bersama – Agong



Sebaran :


Aidilfitri yang perlu sekali lagi disambut dengan norma baharu tahun ini adalah demi kebaikan dan masa depan bersama dalam usaha memerangi pandemik COVID-19, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah, pengorbanan itu menuntut semangat ukhuwah serta kesabaran seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun tanpa aktiviti kunjung-mengunjung dan balik kampung di samping menikmati juadah tradisi, Al-Sultan Abdullah bertitah rakyat perlu bersyukur kerana masih dapat melaksanakan ibadah di bulan Ramadan dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk menyambut kedatangan Syawal.



“Beta menyedari rakyat terpaksa akur dengan pelbagai peraturan yang dikuatkuasakan demi membendung penularan pandemik COVID-19. Beta juga melihat dan mendengar keluh kesah sebilangan rakyat yang terkesan dengan pelbagai dugaan melanda,” titah Seri Paduka dalam Perutusan Khas Aidilfitri yang disiarkan menerusi siaran televisyen dan radio, malam ini.

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong tidak mahu kerukunan hidup bermasyarakat dilupakan menerusi tutur kata yang boleh menanam benih-benih perbalahan sesama rakyat, dalam situasi semasa dihadapi negara. Awani

SOP sambutan Aidilfitri tahun ini


Sebaran :


Leave a Reply