245 mangsa daripada 88 keluarga ditempatkan di dua PPS di Hulu Langat
245 mangsa daripada 88 keluarga ditempatkan di dua PPS di Hulu Langat

HULU LANGAT: Lebih 60 keluarga sudah mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Rendah Agama (SRA) Dusun Nanding di sini, susulan banjir yang melanda beberapa lokasi di daerah ini, hari ini.
Ketua Kampung Dusun Nanding, Mohd Rozelan Alias, berkata jumlah semasa sekitar 60 keluarga itu masih belum muktamad kerana kemasukan mangsa bergantung sepenuhnya kepada keadaan cuaca pada petang ini.
Katanya, keadaan lebih membimbangkan kerana banyak rumah dinaiki air sehingga paras pinggang dalam bah pagi tadi, menyebabkan penduduk terpaksa keluar segera kerana kediaman kotor dan tidak selamat diduduki.
“Kami jangkakan jumlah mangsa akan bertambah bergantung kepada keadaan cuaca kerana banyak rumah dinaiki air paras pinggang pagi tadi,” katanya ketika ditemui BH di SRA Dusun Nanding di sini, hari ini.
Beliau berkata, PPS di SRA Dusun Nanding dibuka sekitar jam 10 pagi selepas laporan awal kenaikan air diterima kira-kira jam 9 pagi sebelum proses makluman dibuat kepada penghulu, pegawai daerah, pejabat parlimen, pejabat ADUN dan pejabat agama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Negeri Melaka Komited Pastikan Bekalan Air Stabil dan Mampan
- Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan
Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman
Menurutnya, tiga PPS beroperasi ketika ini iaitu PPS Dusun Nanding, PPS Sungai Serai dan PPS Sekolah Menengah Jalil Batu 16, dengan keadaan paling serius dilaporkan di kawasan Sungai Serai.
“Antara kawasan paling ramai mangsa ialah Taman Seri Nanding dan Kampung Dusun Nanding, selain beberapa keluarga dari Batu 14 yang datang kerana PPS di kawasan mereka belum buka,” katanya.
Sementara itu, seorang penghuni PPS Dusun Nanding yang juga penduduk Taman Sri Nanding, Norseha Sabudin, 60, beliau berpindah ke PPS itu kira-kira jam 8 pagi bersama suami, anak lelaki dan menantu serta cucu perempuan berusia emapt bulan.
“Air mula naik dengan sangat cepat sekitar 7 pagi sehingga memaksa saya dan suami serta keluarga anak yang terletak bersebelahan keluar dari rumah bersama cucu sebelum keadaan bertambah buruk.
“Jarak rumah kami yang hanya kira-kira 100 meter dari sungai menyebabkan kami dapat melihat aliran air yang amat deras sejak subuh lagi,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemuda UMNO Terus Prihatin, Hulur Bantuan Pasca Banjir Sekitar Kangar
- IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti
- FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta
Junjung Tinggi Proses Demokrasi, Terus Bersepadu Demi Masa Depan Sabah
Menurutnya, keadaan itu jauh berbeza berbanding kebiasaan kerana air biasanya naik perlahan, namun kali ini arus kelihatan sangat kuat sehingga mereka tidak sempat berbuat apa-apa selain menyelamatkan diri.

“Setiap kali hujan lebat turun, saya berasa tidak tenang kerana trauma banjir besar 2021 yang memberi kesan mendalam. Walaupun hujan biasa tidak menyebabkan apa-apa, perasaan panik tetap muncul secara tiba-tiba setiap kali mendengar deruan hujan,” katanya.
Biasmaiha Daud, 36, pula berkata dia terpaksa berjalan kira-kira satu kilometer dalam keadaan sarat mengandung anak sulong untuk ke PPS SRA Dusun Nanding selepas kawasan rumahnya dinaiki air.
“Saya hanya sempat bawa buku kesihatan ibu mengandung dan kad pengenalan selepas air banjir mula naik pada 7 pagi tadi. Saya amat berharap cuaca semakin baik dan tiada lagi hujan lebat,” katanya yang berhasrat melahirkan anak sulung di Hospital Ampang.
Sementara itu, laluan utama di kawasan Dusun Nanding yang terjejas akibat banjir sejak malam tadi sudah dibuka semula kepada pengguna sekitar jam 4 petang selepas kerja pembersihan selesai dijalankan pihak berkuasa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata usaha pembersihan dilakukan sejak pagi oleh pihak berkuasa tempatan bersama pasukan keselamatan susulan limpahan air yang menenggelamkan laluan berkenaan.

“Kita jangkakan laluan di kawasan Dusun Nanding dibuka selepas kerja pembersihan dilakukan. Air banjir juga semakin surut dan pembersihan dapat diselesaikan mengikut perancangan,” katanya.
Beliau berkata, dua pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas, masing-masing di SRA Dusun Nanding dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai.
Semakan BH mendapati terdapat 245 mangsa terdiri daripada 88 keluarga ditempatkan di dua PPS terbabit setakat ini.
245 mangsa daripada 88 keluarga ditempatkan di dua PPS di Hulu Langat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tubuh Pusat Data Biometrik Nasional, Selaras Maklumat Antara Agensi Kerajaan
- Tiga Tahun Melakar Transformasi Desa Bersama KKDW – Ahmad Zahid
- Johor Sambut Baik RUU Tribunal Antibuli 2025 Demi Keselamatan Anak-Anak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kerajaan Perak Jawab Kritikan: Tegaskan Fakta, Tolak Fitnah dan Politik Persepsi
You must be logged in to post a comment.