8 Amalan sunnah pada Hari Raya Aidilfitri

8 Amalan sunnah pada Hari Raya Aidilfitri

1 Syawal, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Meraikan kejayaan berpuasa sepanjang sebulan. Raya kali ini tidak berbeza seperti tahun sebelumnya, masih lagi dengan norma baru mengikup SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.

Tiada amalan pulang ke kampung, tiada amalan kunjung-mengunjung mahupun menziarahi sesama jiran mahupun sanak saudara, malah solat sunat Hari Raya di masjid pula hanya dihadkan kepada beberapa bilangan jamaah sahaja.

Meski begitu, raya tetap disambut sekalipun kemeriahannya kurang terasa dengan melaksanakan amalan-amalan sunnah yang diajarkan Baginda s.a.w. antaranya,

Pertama: Menzahirkan kegembiraan

Walaupun sedih tidak dapat pulang ke kampung menyambut raya bersama ibu bapa dan keluarga tercinta, namun menzahirkan kegembiraan itu tetap sunnah sebagaimana yang dilakukan oleh orang Sudan dalam hadis di bawah.

“Pada hari Raya, orang-orang Sudan bermain (mempamerkan perlawanan) senjata dan perisai mereka” HR Bukhari

Hadis ini memberi maksud orang-orang Sudan menjadikan perlawan pedang sebagai hiburan kegembiraan mereka dan Baginda s.aw. tidak melarangnya.

Kedua: Memakai pakaian yang cantik

Pakailah pakaian yang tercantik dan terbaik yang kamu miliki ketika hari raya, dan memakai bau-bauan sebagai membezakan antara hari raya dengan hari biasa.

“Saidina Hassan menyebutkan, “Rasulullah s.a.w. mengajak kami memakai pakaian yang terbaik (tercantik) yang kami miliki” HR al-Tabrani & al Hakim

Ketiga: Makan sebelum menunaikan solat Hari Raya

Ini antara sunnah yang dilakukan Baginda s.a.w. tatkala ingin ke masjid untuk menunaikan solat hari raya. Jika tidak dapat ke masjid, masih boleh lagi amalkan sunnah ini sebelum solat di rumah.

Anas r.a. menyebutkan, “Sesungguhnya Baginda s.a.w. tidak akan keluar pada hari raya aidilfitri sehinggalah beliau makan terlebih dahulu beberapa biji tamar” HR al-Tirmizi

Keempat: Bertakbir ketika keluar untuk menunaikan solat

Sunat hukumnya bertakbir bermula dari waktu Maghrib 1 Syawal sehinggalah solat hari raya.

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. keluar untuk menunaikan solat aidilfitri dan Baginda bertakbir sehingga sampai ke tempat solat” Musannaf abd al-Razzaq

Kelima: Solat sunat Hari Raya

Jangan bersedih jika tidak dapat hadir ke masjid untuk solat hari raya disebabkan tempat yang terhad. Anda masih boleh solat berjemaah di rumah atau solat secara sendirian. Yang penting dirikanlah solat hari raya sebagai meraikan kejayaan kita.

Keenam: Berjalan kaki ke masjid

Abdullah bin Umar r.a. “Sesungguhnya Baginda s.a.w. keluar untuk menunaikan solat aidilfitri dalam keadaan berjalan kaki dan pulang juga dalam keadaan berjalan kaki” HR Ibnu Majah

Pergi dan pulang ke masjid ikut laluan berbeza.

Ketujuh: Pulang solat melalui jalan yang berbeza

Jabir r.a. menyebut, “sesungguhnya nabi s.a.w. pergi dan pulang dari menunaikan solat aidilfitri menggunakan jalan yang berbeza” HR Bukhari

Kelapan: Saling mendoakan kebaikan dan saling bermaafan

Walaupun SOP tidak membenarkan kunjung mengunjung namun masih dapat bersua muka melalui aplikasi maya. Guna teknologi dan kemudahan yang ada seperti google meet, video call dan lainnya dengan saling berdoa dan bermaafan. Utv


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Panggilan percuma telco 12 jam sempena Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker