Panggilan percuma telco 12 jam sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi tempatan sepakat menyediakan kemudahan panggilan percuma kepada semua rangkaian dalam negara sempena Aidilfitri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata panggilan percuma itu bermula jam 10 malam ini hingga 10 pagi esok iaitu hari raya pertama.

Beliau berkata, kemudahan yang digerakkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu dapat dinikmati semua pelanggan perkhidmatan syarikat telekomunikasi Celcom, Digi, Maxis, REDtone, TM Unifi, TIME dotCom, Tune Talk, U Mobile, Yoodo dan YTL.

“Setiap penyedia perkhidmatan akan memberikan tawaran panggilan percuma ini tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing.



“Pelanggan dinasihati untuk menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi sebarang pertanyaan tentang tawaran perkhidmatan ini.

“Saya berharap kemudahan ini sedikit sebanyak membantu rakyat untuk terus saling berhubung dan mengeratkan silaturahim bersama keluarga tersayang serta rakan taulan, walaupun aktiviti ziarah tidak dibenarkan sepanjang penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, terima kasih kepada syarikat telekomunikasi dan rakyat yang memberikan kerjasama dalam pematuhan PKP kali ini demi mengekang jangkitan COVID-19.

“Sama-sama kita berdoa agar lekuk pandemik ini dapat dilandaikan dengan pengorbanan dan usaha semua pihak.



InsyaAllah kita semua akan dapat meneruskan kehidupan dan kelangsungan hidup, untuk masa depan yang lebih baik,” katanya. BH

Mat Jenazah’ sediakan khidmat urus jenazah secara percuma



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker