Palestin umum batal Aidilfitri

Bagi mengenang para syuhada yang terbunuh akibat pengeboman Israel

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas membuat keputusan membatalkan Hari Raya Aidilfitri esok bagi mengenang rakyatnya yang mati syahid akibat pengeboman rejim penjajah Israel di Semenanjung Gaza.

Perkara itu telah diputuskan dan beliau menghubungi beberapa pemimpin di Semenanjung Gaza termasuk anggota Jawatankuasa Pusat Fatah, Ahmad Helles, Gabenor Gaza Utara, Salah Abu Warda.

Tujuannya, bagi memaklumkan mengenai tindakan lanjut susulan pencerobohan pengganas Israel di kawasan yang dikepung, yang mengorbankan 35 rakyat Palestin termasuk sepuluh kanak-kanak dan seorang wanita hamil.

Setahun tak jumpa suami, wanita nekad sembunyi dalam but untuk rentas negeri

Selain itu, beliau turut menegaskan akan kepentingan kesatuan dan kerjasama rakyat Palestin dalam menghadapi pencerobohan Zionis, yang mempengaruhi seluruh rakyat terutamanya di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

“Baitulmaqdis Timur adalah ibu negara Palestin yang kekal sesuai dengan kesahihan undang-undang dan antarabangsa,” kata jurucakap Presiden Nabil Abu-Rudeinah.

Kenyataan itu muncul sebagai respon terhadap kenyataan pemimpin Yahudi Benjamin Netanyahu yang mendakwa bahawa Baitulmaqdis akan tetap menjadi ibu negara Israel. -Agensi

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Niat jahat buat saya tidur dalam lokap malam raya gagal’, kata Lokman Adam

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker