Budak 4 tahun ditemui lemas dalam sangkar ikan

PASIR PUTEH – Seorang kanak-kanak, Saini Omar, empat tahun yang dikhuatiri hilang di laguna dekat kawasan sangkar penternakan ikan Sungai Semerak, di sini, ditemukan lemas pada Rabu.

Mayat Saini ditemukan lemas pada jarak 25 meter dari tempat dia dikhuatiri jatuh sebelum itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tok Bali, Pegawai Bomba Kanan I Ahmed Mazdan Jusoh berkata, mayat kanak-kanak berkenaan ditemukan pada jam 8.30 malam.



“Dengan penemuan ini, maka operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditutup sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sinar Harian sebelum itu melaporkan, seorang kanak-kanak berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kawasan sangkar penternakan ikan Sungai Semerak di sini.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu mangsa, Saini dilaporkan terjatuh ketika sedang bermain di atas perahu secara berseorangan di hadapan rumah kelongnya sementara kedua ibu bapanya berada di dalam.

‘Niat jahat buat saya tidur dalam lokap malam raya gagal’, kata Lokman Adam



 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 


Isu Palestine: Hadi dikritik netizen

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker