Liwat OKU berulang kali, seorang lelaki ditahan

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki meliwat lelaki orang kurang upaya (OKU) beberapa kali di sebuah kediaman di Bangsar, di sini.

Difahamkan, suspek berusia 40-an itu ditahan susulan laporan dibuat mangsa di Balai Polis Travers, Ahad lalu.

Menurut sumber, kejadian terbaharu berlaku bulan lalu ketika mangsa, 33, yang dalam perjalanan pulang, dihubungi suspek yang memintanya ke rumah lelaki itu di sebuah pangsapuri di Bangsar



“Sebaik tiba di rumah lelaki itu, mangsa diliwat tanpa kerelaannya.

“Difahamkan mangsa yang juga OKU sudah diperlakukan sedemikian rupa beberapa kali sebelum ini,” katanya.

Kata sumber, mangsa yang ketakutan dan trauma akhirnya memberanikan diri membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, suspek sudah ditahan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker