Ahli Parlimen Bintulu Mahu Robohkan Rumah Sewa Jika Gagal Patuhi SOP


Ahli Parlimen Bintulu Mahu Robohkan Rumah Sewa Jika Gagal Patuhi SOP. Prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan oleh kerajaan adalah bertujuan untuk memastikan bahawa seluruh rakyat Malaysia terhindar daripada wabak COVID-19.

Bagi individu atau kumpulan yang gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan, ia boleh didenda sebanyak RM10,000 atau berdepan hukuman penjara.

Namun di Sarawak, ada kelainan sedikit yang ditampilkan, iaitu pemilik rumah sewa bakal berdepan tindakan rumahnya akan diroboh sekiranya terus gagal mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Memetik laporan daripada Unit Komunikasi Awam Sarawak, perkara ini dikatakan sendiri oleh Ahli Parlimen Bintulu Dato Seri Tiong King Sing.



Beliau berkata tindakan ini hadir selepas beberapa arahan telah dikeluarkan kepada pemilik agar tidak menyewakan unit mereka kepada penyewa dari luar daerah Bintulu dalam keadaan di mana kes COVID-19 di Sarawak semakin meningkat.

“Ini adalah kali terakhir saya beri amaran dan rayuan. Tidak akan ada tolenrasi selepas ini dan tuan tanah tidak boleh menyalahkan pihak berkuasa kerana mengambil tindakan yang lebih ketat,” katanya.

Tiong berkata bahawa terdapat kes di mana penyewa rumah sewa berulang kali melintas daerah untuk bekerja dan apabila pulang ke Bintulu, mereka diuji positif.

Situasi ini telah mengakibatkan rumah sewa terbabit dikenakan perintah kawalan pergerakan sebanyak tiga kali, “Mengapa rakyat terus berdegil dan gagal patuh SOP?” Katanya seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail.



Tambahnya lagi, pihak berkuasa sudah berulang kali meminta agar perniagaan yang berkaitan untuk bekerjasama dalam mencegah wabak COVID-19 di Sarawak.

Ini termasuk dengan tidak menyewakan unit mereka kepada orang-orang dari luar daerah, memantau aliran keluar masuk dan menjaga kebersihan sekitar.

“Sekiranya [pemilik] rumah sewa masih tidak bekerjasama dengan SOP [yang telah ditetapkan], mereka akan berdepan dengan [tindakan] perobohan segera oleh pihak berkuasa,” katanya. Vc

 




Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Tiong yang kata, Umno juga dipersalahkan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker