Umno tinggalkan PN atau tanggung dosa, kata Ku Li

Umno tinggalkan PN atau tanggung dosa, kata Ku Li

Umno tinggalkan PN atau tanggung dosa, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memberi kata dua kepada Umno sama ada meninggalkan Perikatan Nasional (PN) atau menanggung dosa apa yang dilakukan Perikatan Nasional selama ini.

Beliau yang dikenali sebagai Ku Li berkata, dosa paling besar yang dilakukan oleh PN adalah mengisytiharkan darurat walaupun tidak dipersetujui Umno.

Ini kerana, katanya dengan pengisytiharan darurat telah menyebabkan pelabur asing mencari pelaburan di negara jiran.

“Bukan saja pelabur asing, tetapi pelabur tempatan juga beralih ke Indonesia dan negara lain. Akibatnya, ribuan rakyat kehilangan pekerjaan,” katanya dipetik The Malaysian Insight.

Justeru kata beliau yang juga bekas Menteri Kewangan, Umno perlu bertanggungjawab jika tidak meninggalkan kerajaan PN.

Bahkan beliau turut mempersoalkan mengapa Umno mesti memikul tanggungjawab ini apatah lagi berkongsi kesalahan ini kerana Umno tidak bersalah.

Jelasnya, situasi sekarang telah stabil dan tiada keperluan untuk Umno berada dalam PN kerana penyertaan Umno pada 2020 untuk menamatkan pergolakan politik daripada Langkah Sheraton. MD

Umno tinggalkan PN atau tanggung dosa, kata Ku Li


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Ku Li: Menteri Umno dalam kabinet PN ‘kurang prinsip’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker