Tiong yang kata, Umno juga dipersalahkan

Nampaknya apek ini dah ketandusan idea nak hentam Umno sehingga menimbulkan cerita khayalan.

Berikut adalah berita dari Mkini.

Lim: Ada pihak bersembunyi di sebalik serangan Tiong pada Noor Hisham?

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang mempersoalkan jika ada motif berselindung di sebalik serangan ahli Parlimen Bintulu Tiong Kit Sing terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Lim merujuk kritikan Tiong berhubung pengurusan wabak Covid-19, yang antara lain mendakwa Noor Hisham “takut mati” kerana tidak pergi sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan penularan wabak di sana.

Tiong juga menyindir Noor Hisham dengan mendakwa dia menyimpan cita-cita untuk menjadi setiausaha agung Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Tiong jelas sekali berasa iri hati dengan ‘sidang media harian’ Noor Hisham. Adakah dia (Tiong) bercakap bagi pihak diri sendiri atau orang lain?” soal Lim dalam satu kenyataaan hari ini,

Lim turut menyifatkan sindiran Tiong terhadap Noor Hisham sebagai satu serangan bersifat “jahat dan peribadi”.

“Saya akan menganggap sebagai satu penghormatan besar kepada Malaysia jika seorang rakyat warga seperti Noor Hisham dilantik sebagai setiausaha agung WHO. Jelaslah terdapat manusia yang berfikiran sempit yang memikirkan sebaliknya.

“Sepatutnya, Tiong King Sing yang dibuang daripada jawatan duta khas perdana menteri ke China kerana kesilapan besar di Parlimen pada Rabu lalu, yang merupakan satu serangan bukan sahaja kepada Noor Hisham tetapi kepada semua petugas barisan hadapan yang berdepan dengan wabak Covid-19,” katanya lagi.

Katanya lagi, tiada pilihan lain yang lebih bermaruah buat Tiong selain memohon maaf di Parlimen Isnin atas kenyataannya itu.

Selain itu, Lim membangkitkan kenyataan Tiong berhubung pengendalian wabak Covid-19 yang hanya menyasarkan Noor Hisham.

Dia mempersoalkan mengapa Tiong tidak menyalahkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin jika tidak berpuas hati dalam soal itu.

“Mengapa dia tidak menyalahkan perdana menteri yang bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap pengendalian wabak Covid-19 dalam negara, memandangkan dia adalah pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Penting untuk diingat, Tiong mendapat sokongan penuh Umno dalam serangannya itu,” katanya lagi.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali mempertahankan Noor Hisham yang menurutnya “orang nombor satu dalam barisan hadapan” melawan Covid-19 dan “mendedikasikan sebahagian besar kehidupannya” dalam menjaga kesihatan rakyat.

Bagaimanapun, Lim mempersoalkan sikap membisu Adham.

“Apabila seorang menteri kesihatan tidak mampu untuk mempertahankan ketua pengarah kesihatannya, apakah gunanya menteri kesihatan ini?” soalnya.

Adham pada Jun meminta semua pihak menghentikan buruk sangka berkenaan hubungannya dengan Noor Hisham.

Saya tiada niat jahat terhadap KP Kesihatan, kata Tiong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker