Saya tiada niat jahat terhadap KP Kesihatan, kata Tiong

Share

Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing berkata dia tidak mempunyai niat jahat terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah apabila menuduhnya “takut mati”.

Tiong berkata dia hanya mengetengahkan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap kelemahan kerajaan dalam memberi respons terhadap penyebaran wabak Covid-19.

Katanya, Kementerian Kesihatan harus bertindak lebih tegas dalam membendung penyebaran penyakit berkenaan selain sekali lagi mempersoalkan mengapa Dr Noor Hisham tidak turun sendiri ke Sabah untuk melihat keadaan di negeri itu.

“Ramai yang bertanya-tanya mengapa ketua pengarah tidak boleh mengunjungi kawasan wabak untuk memberikan laporan langsung mengenai keadaan sebenarnya kepada Majlis Keselamatan Negara dan perdana menteri secepat mungkin.

“Daripada mengadakan sidang media harian itu, dia harus fokus sepenuhnya pada tugas mencegah wabak dan menyerahkan maklumat terkini kepada menteri pertahanan kanan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen dari Parti Demokratik Progresif itu mencetuskan suasana hangat di Dewan Rakyat ketika perbahasan usul Belanjawan 2021 dengan mengatakan Noor Hisham tidak mengunjungi Sabah untuk memantau keadaan Covid-19 ‘kerana takut mati’.

Noor Hisham dalam sidang media selepas itu berkata dia telah mengunjungi Sabah penghujung Ogos lalu bagi memantau persiapan Kementerian Kesihatan menjelang pilihan raya negeri pada September.

Katanya, dia juga telah mengarahkan timbalannya, Dr Chong Chee Kheong dan Penasihat Khas Kesihatan Perdana Menteri, Jamilah Mahmood untuk melawat Sabah dua minggu lalu untuk melihat tindakan dan pengurusan kes Covid-19.

“Kita sebagai Islam, kita terima (yakin) di mana-mana pun kematian boleh berlaku.

“Jadi tidak timbul isu kita takut mati,” katanya. Mk

Orang Islam menerima kematian di mana saja, Noor Hisham jawab kritikan Tiong

Leave a Reply