Apa istimewanya sekolah vernakular mahu peruntukan khas? – Prof Teo Kok Seong

Mereka bimbang hilang peluang agih dana pada masyarakat?

BANGI, 23 Rabiulawal 1442H, Isnin – Tindakan kerajaan tidak mengumumkan jumlah peruntukan mengikut kategori kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Belanjawan 2021 dilihat adil dan tidak memihak. 

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, kaedah berkenaan lebih baik bagi memastikan tiada sekolah yang terkurang mahupun terlebih mendapat dana per tahun.

“Sebelum ini diagihkan mengikut kategori, jadi mungkin dengan pengagihan sebegitu ada sekolah yang dapat lebih ada yang mendapat kurang dana. 

“Apabila kerajaan memberi belanjawan secara umum begini, maka ia lebih menyeluruh. 



“Sekolah-sekolah yang sememangnya memerlukan bantuan akan dapat bantuan selayaknya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini. 

Mufti Perlis cadang wujud sekolah rendah kebangsaan satu aliran, galak perpaduan

Sementara itu, mengulas ketidakpuasan hati segelintir pihak – yang mendakwa kononnya kerajaan meminggirkan sekolah vernakular, Prof Teo Kok Seong berkata, perkara berkenaan tidak perlu menjadi isu kerana mereka tetap mendapat peruntukan menerusi belanjawan yang sama.



“Semua sekolah dalam sistem pendidikan kita sama rata. Tak perlu dikategorikan. Yang berbeza sedikit cuma daripada segi silibus yang dibekalkan dalam sekolah vernakular dan sekolah agama.

“Dari segi pengkategorian khusus, tak perlu pun. Tak kira jenis sekolah apa yang memerlukan untuk diselenggera, wajar mereka mendapat bantuan.

“Tambahan pula, mereka (sekolah vernakular) bukan sekolah kebangsaan sepenuhnya, apa istimewanya mereka sampai nak diberi peruntukan khas. Jadi, kita nampak ada kerakusan, yang umum pun mereka akan dapat. Jadi mereka nak yang khas sekali. Nak untung dua kali,” katanya lagi.

Prof Kok Seong tidak menolak kemungkinan peruntukan khas kepada sekolah vernakular sebelum ini hakikatnya adalah lebih kepada faktor politik. 



Lupakan sekolah 1 aliran selagi pemimpin Melayu tak tegas

“Pemimpin masyarakat cina terutama parti-parti yang memerintah, bila dapat dana khas, kadang-kadang pemimpin politik yang sampaikan dana itu kepada masyarakat Cina.

“Mereka mahu penglibatan politik lebih nyata. Jadi, jika tiada dana khas, maka ahli-ahli politik akan kehilangan peluang, iaitu peluang mengagih-agihkan dana kepada masyarakat Cina,” katanya.



Terdahulu, ADUN DAP, V Ganabatirau mahu kerajaan mempertimbangkan semula peruntukan khas kepada sekolah vernakular.

“Sebelum ini sejak 2013, tiap-tiap tahun SJKT dan SJKC dapat peruntukan khas RM50 juta masing-masing.

“Kali ini, PN umum RM800 juta secara am untuk semua sekolah. Jadi, kemungkinan sekolah vernakular tidak akan ada keutamaan.

“Kerajaan PN perlu pertimbangkan semula peruntukan khas dalam RM800 juta ini,” dakwanya.



DAP mengamuk! Tiada peruntukkan untuk sekolah tidak berpelembagaan dalam Belanjawan 2021



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker