Orang Islam menerima kematian di mana saja, Noor Hisham jawab kritikan Tiong

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tidak timbul isu takut mati selepas dipertikai seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini kerana didakwa tidak turun padang melawat hospital.

Beliau berkata, sebagai orang Islam perlu menerima kematian di mana sahaja.

“Sama ada turun padang atau tidak. Yang penting, pasang niat tugas kita nak putuskan rantaian Covid-19,” katanya pada sidang media hari ini.

Tiong mengeluarkan kenyataan yang menyifatkan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah “takut mati” kerana tidak hadir sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19 di negeri itu.

“DG (Dr Noor Hisham) takut mati sebab dia tak turun di Sabah, tak lockdown awal-awal di penjara,” katanya.

Mendengar kenyataan tersebut, Rayer bangun sambil meminta Tiong menarik balik kenyataan tersebut.

Bagaimanapun Duta Khas Perdana Menteri ke China itu enggan menarik balik kata-katanya.

Kong kali kong. Mana ada saya sokong Anwar – MP Bintulu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker