Rakyat mula meluat gambar publisiti murahan bagi air percuma

Share

PIHAK tertinggi pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. dan wakil rakyat di negeri Selangor dinasihatkan agar tidak lagi memaparkan gambar memberi sumbangan air bersih dalam botol kepada rakyat.

Gambar-gambar tersebut yang hadir di media sosial Air Selangor dan wakil rakyat negeri itu setiap kali masalah bekalan air berlaku dianggap sebagai menyakitkan hati.

Rata-rata pengguna media sosial terutama di Lembah Kelang semakin meluat dengan publiciti yang dianggap sebagai tidak lagi sesuai kerana setiap kali masalah air berlaku pada setiap kali itulah ‘pose’ yang sama ditampilkan di media sosial.

Perasaan geram penduduk Lembah Kelang diluahkan di Facebook Air Selangor.

Foto Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor Suhaimi Kamaralzaman dan Ahli Dewan Udangan Negeri Bukit Gasing R. Rajiv k mengagihkan air botol minuman 5 liter kepada penduduk di Flat Taman Gasing Indah, Petaling Jaya petang tadi dipenuhi komen yang mahu isu air diatasi segera. SM

Lagi pencemaran bau di Sungai Selangor, harap MB segera pergi bau

Leave a Reply