Tahniah!! Datuk Jamal Abdillah Sudah Miliki Zack, Azura Pada Usia 61

Kuala Lumpur: Impian penyanyi legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 61, untuk menyambut kehadiran ‘Zack‘ kini menjadi kenyataan apabila isterinya, Datin Zai Izzati, 25, selamat melahirkan anak kedua mereka pada jam 4.01 petang hari ini di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak.

Bayi lelaki seberat 3.05 kilogram dinamakan El Issac Yamani atau Zack dilahirkan secara pembedahan.

“Kepada semua yang memberi ucapan tahniah dan doa, saya dan isteri mengucapkan terima kasih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Harian Metro.

Berita gembira tersebut dimaklumkan sendiri oleh anak sulung Jamal iaitu Yamani Abdillah menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

Dapat adik baru lagi

Menerusi perkongsian itu, Yamani memaklumkan bahawa dia telah mendapat seorang lagi adik lelaki yang diberi nama El Issac Yamani atau dipanggil dengan gelaran Zeck.

Menurut Yamani lagi, dia bersyukur dengan kurniaan tersebut malah tidak sabar untuk bertemu dengan si kecil itu.

Ramai yang ucap tahniah

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Yamani termasuk penyanyi legenda berusia 61 tahun itu kerana menerima kehadiran ahli keluarga baru.

Terdahulu menerusi Harian Metro, Jamal pernah melahirkan hasratnya untuk menamakan anak keempatnya sebagai El Issac Yamani atau dipanggil Zack sebagai pelengkap kepada anak perempuan tunggalnya Nur Azura Yamani atau Azura.

“Kenapa saya pilih nama itu. Ini kerana panggilan hari-hari nanti adalah Zack sempena watak yang pernah saya lakonkan dalam filem Azura. Saya memang pilih ejaan Issac tetapi sebutan Melayunya ialah Ishak sempena nama nabi. Pun begitu, banyak juga pendapat dilontarkan kepada saya. Apabila saya pilih nama El Issac ini, ada yang kata El itu dari perkataan Yahudi, manakala Isaac (Ishak) dari Kristian,” katanya.

Jamal berkata, ramai yang sedia maklum ia sebenarnya untuk Nabi Ishak, tapi masyarakat Barat menyebutnya sebagai Issac.

Semalam, Jamal dalam kenyataannya kepada Harian Metro berkata, dia bakal menyambut kelahiran anak keempatnya hari ini.

“Zai Izzati sepatutnya bersalin pada 17 November, namun kami memilih melakukan pembedahan esok (hari ini) kerana tarikhnya amat istimewa. Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah nak ingat tarikh lahir Zack. Dulu Azura (Nur Azura Yamani) lahir pada 10.10.2019, tapi ketika itu ia hanya kebetulan,” katanya.

Jamal bernikah dengan Zai Izzati, 25, pada 1 April 2017. Beliau turut memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13-

Sumber: Harian Metro , Instagram Yamani Abdullah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker