Syarat KWSP, moratorium: Maaf YB Pasir Mas, ini bukan soal hikayat

SYARAT yang dikenakan oleh Barisan Nasional terhadap Kerajaan bagi meluluskan Belanjawan 2021 bukan satu hikayat.

Sebaliknya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, syarat agar pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan simpanan RM10,000 dan moratorium dilanjutkan adakah satu hakikat berkaitan rakyat.

“Minta maaf ya sahabatku YB Pasir Mas! Ini bukan soal hikayat Puteri Gunung Ledang, ini soal hakikat rakyat yang cuba Ahli-Ahli Parlimen BN terutamanya Datuk Seri Najib Razak perjuangkan dan suarakan.

“Hakikatnya; rakyat memang susah dan gelisah, rakyat memang ramai hilang pekerjaan, rakyat memang tak cukup wang untuk kehidupan,” tegas Asyraf Wajdi.



Ahli Parlimen Pasir Mas (Pas) Ahmad Fadhli Shaari dalam Dewan Rakyat hari ini menyifatkan ‘sokongan bersyarat’ BN terhadap Belanjawan 2021 yang dinyatakan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang. SM

MP Pasir Mas perli perbahasan BN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker