Desakan BN hanya demi rakyat, Belanjawan 2021 akan dipinda

 

PETALING JAYA: Penganalisis sosiopolitik meramalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan tunduk kepada tuntutan Barisan Nasional (BN) berhubung pindaan terhadap cadangan belanjawan yang dibentangkan minggu lalu.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, majoriti tipis PN dalam Dewan Rakyat menjadikan ia terlalu berisiko bagi Putrajaya untuk menolak permintaan itu.

Semalam, bekas perdana menteri Najib Razak dalam kapasitinya sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berkata, BN tidak akan menyokong belanjawan itu jika kerajaan menolak untuk melanjutkan moratorium bayaran pinjaman bank selama 6 bulan dan mengabaikan permintaan untuk pengeluaran RM10,000 secara “one-off” Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Belanjawan 2021 perlu ditolak, kata Khalid Samad

Awang Azman berkata, majoriti kecil PN menjadikan kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sukar untuk meluluskan belanjawan tanpa sokongan bukan sahaja BN malah Pakatan Harapan (PH).

PH mengancam akan menolak belanjawan itu jika peruntukan RM85.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) tidak ditarik balik.

“Jika belanjawan ditolak, perdana menteri perlu meletak jawatan,” katanya kepada FMT sambil memaklumkan sebab itu PN tidak boleh mengabaikan permintaan itu.

Beliau berkata, BN mengambil langkah bijak dengan melantik Najib sebagai pengerusi kelab penyokong BN kerana beliau boleh menggunakan pengalamannya sebagai bekas menteri kewangan. “Beliau akan mendapat kredit jika kerajaan meminda belanjawan.”

Awang Azman turut berkata, PN berisiko hilang sokongan rakyat jika 2 tuntutan BN ditolak kerana ia mewakili permintaan yang popular.

Jeniri Amir, felo Majlis Profesor Negara memberitahu FMT, beliau tidak percaya ada pihak yang mahu melihat belanjawan itu ditolak, tetapi memaklumkan peringatan Najib meletakkan PN dan Muhyiddin dalam keadaan yang “sangat sukar”.

“Saya rasa cadangan kerajaan sedia ada yang membenarkan pengeluaran KWSP hanya berjumlah RM500 sebulan bertujuan memastikan kelangsungan dana persaraan,” katanya sambil menambah Najib sebagai bekas menteri kewangan sedar perkara itu tetapi mungkin berkeras mahu memperoleh manfaat politik bagi pihak BN.

“Bagaimanapun, PN tidak boleh menolak tuntutan itu secara langsung kerana ia terlalu berisiko. Muhyiddin mesti mendahului BN atau bertolak ansur, yang saya rasa pasti akan berlaku.”

Jeniri turut berkata, PN harus mendengar permintaan Najib supaya mengurangkan peruntukan kepada Jasa kerana ia tiada sebarang justifikasi untuk memberikan peruntukan yang banyak kepada jabatan itu.

Related Articles

One Comment

  1. Boosku tak faham ke kesan negatif yg akan dihadapi KWSP jika RM10K dikeluarkan secara “one-off” kpd 3/4 juta pencarum? KWSP boleh jatuh bankrap tau. Sbg ex PM/FM1 takkan tak tau atau buat tak tau? Asset2 KWSP perlu dijual atau dilelong, saham2 dlm portfolio terpilih terpaksa ditarik balik dan mungkin KWSP terpaksa membuat pinjaman dpd institusi2 kewangan utk mrndapatkan wang tunai segera. Satu lagi faktor harus diperhalusi iaitu pencarum2 yg tidak terlibat dgn “withdrawal” ini. Mereka sudah tentu merasa terkilan kerana dividen KWSP pd tahun2 mendatang mungkin tidak lagi mencatatkan angka yg diidamkan oleh mereka.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker