Awas YouTube Kids Menanam Propaganda LGBTQ Kepada Anak-Anak Anda

Awas YouTube Kids Menanam Propaganda LGBTQ Kepada Anak-Anak Anda

YouTube Kids sedia menjadi pilihan para ibu bapa untuk sajian hiburan yang lebih terkawal bersesuaian dengan usia anak-anak mereka. Bagaimanapun, ia tidaklah sesuci yang disangka oleh ibu bapa.

Menerusi ciapan seorang individu bernama @AldoButtazzoni, beliau telah membongkar kegiatan YouTube Kids yang menanam dakyah LGBTQ+ kepada kanak-kanak menerusi sajian kandungannya.



Penemuan terbaharu ini terjadi apabila beliau mencipta sebuah akaun di YouTube Kids dengan memilih kandungan spesifik untuk usia sembilan ke 12 tahun. Paling mengejutkan, video pertama yang disarankan adalah berkisarkan kanak-kanak bertemu dengan individu yang tidak mengetahui jantinanya.



Perkara ini berterusan melarat apabila dikesan terdapat sejumlah kandungan dan saluran lain yang turut memaparkan berkaitan LGBT. Platform YouTube Kids didapati seolah-olah ingin mempromosikan budaya LGBT sejak awal usia lagi.



Malah, semakin lama anda melayari video di platform tersebut, semakin banyak sajian kandungan yang menerangkan konsep LGBT secara terperinci yang secara logiknya kanak-kanak tidak mempunyai kapasiti untuk memahaminya di awal usia.

Ini bukanlah video pendidikan tetapi dilihat lebih kepada menanam doktorin LGBT kepada kanak-kanak yang menontonnya. Bukan sahaja mempunyai saluran khas yang mengajar perihal LGBT secara terperici, malahan menampilkan hos yang berpakaian ‘drag queen’ untuk menormalisasikan imej sebegini.

Ikon aktivitis LBTQ+ juga dilihat bebas menyebarkan doktorin negatif menerusi platform tersebut. Salah satu video kontroversi adalah tentang persetujuan. Seperti kita sedia maklum, doktorin LGBT ini sering menyuarakan kebebasan memilih jantina dan juga melakukan seks dengan persetujuan sendiri tanpa perlu campur tangan orang lain.



Dengan pendidikan sebegini, mereka sepertinya mahu mengajar kanak-kanak bahawa mereka boleh membuat sebarang perkara termasuklah perbuatan negatif dengan kehendak sendiri walaupun di usia muda.

Mereka dilihat cuba berselindung di sebalik hiburan kanak-kanak tetapi dalam masa yang sama mempromosikan idea LGBT secara terbuka. Penemuan ini membuktikan YouTube secara langsung turut berkerjasama dalam menyebarkan idea LGBT atau gay rights kepada kanak-kanak.

Isu ini perlu dipandang berat kerana ia bakal membentuk keperibadian seseorang dan lebih teruk lagi berlaku kecelaruan jantina sejak di awal usia 12 tahun dan ke bawah. Menormalisasikan doktorin LGBT seumpama bom jangka masa yang bakal merosakkan moral dan etika dalam masyarakat.

Sebagai peringatan, ibu bapa perlu memantau dengan lebih terperinci bagi setiap konten yang disajikan kepada anak-anak. Selain itu, pengukuhan ilmu agama juga perlu diberikan kerana menjadi panduan hidup bagi para penganutnya.



Awas YouTube Kids Menanam Propaganda LGBTQ Kepada Anak-Anak Anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker