Pejuang tidak akan hadir kalau setakat taklimat lisan

Pejuang tidak akan hadir kalau setakat taklimat lisan

Pejuang mungkin tak hadir sidang Parlimen jika tiada perbahasan

Pejuang tidak akan menghadiri sidang Parlimen akan datang jika perbahasan dan dua usul parti itu tidak dibenarkan, kata bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.



Pengerusi Pejuang itu berkata, jika kerajaan hanya bercadang mengadakan taklimat lisan di Parlimen, maka partinya mungkin akan menimbangkan semula rancangan untuk menghadirinya.

“Kami nak tahu jika ada perbahasan dan usul (kami) boleh dibentangkan.

“Jika tidak, maka kami akan fikir semula. Kami belum buat keputusan lagi,” katanya dalam sidang media maya.

Dua usul yang akan dibentangkan Pejuang berkaitan darurat dan penubuhan Majlis Pemulihan Negara untuk melawan pandemik Covid-19.



Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kerajaan boleh mengedarkan satu kertas putih rancangannya berhubung Covid-19 kepada Ahli Parlimen.

Beliau mempersoalkan alasan Ahli Parlimen perlu menghadiri sidang Parlimen lima hari mulai 26 Julai ini, jika ia sekadar untuk mendengar penjelasan kerajaan.

Katanya, ia sekadar helah untuk menunjukkan sidang Parlimen diadakan sedangkan ia bukan seperti yang difikirkan semua orang. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL



Pejuang tidak akan hadir kalau setakat taklimat lisan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bukalah hati, belanjalah kerajaan – Shahril Hamdan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker