Warga emas di Lembah Klang boleh ‘walk in’ dapatkan suntikan vaksin – Dr Adham Baba

Warga emas di Lembah Klang boleh ‘walk in’ dapatkan suntikan vaksin – Dr Adham Baba

Warga emas di Lembah Klang yang belum menerima vaksin boleh mendapatkan suntikan secara walk in tanpa memerlukan janji temu di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula esok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memberitahu, langkah itu diambil kerana data menunjukkan masih ada lagi warga emas yang masih belum disuntik.

“Di Selangor dan Kuala Lumpur, mereka yang berusia 60 tahun yang masih belum menerima vaksin, boleh walk in. Data menunjukkan masih ada lagi golongan ini yang masih belum divaksinasi,” katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.

Dr Adham turut menambah, projek perintis yang bermula di Selangor dan Kuala Lumpur itu akan dikembangkan ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Adham menjelaskan kerajaan memberi kebenaran kepada PPV Industri di Lembah Klang dan Negeri Sembilan untuk beroperasi 24 jam.

Katanya, ia adalah bagi memastikan proses vaksinasi di kawasan-kawasan yang menyaksikan peningkatan kes secara mendadak dapat dipertingkatkan.

“Sekiranya PPV Industri ingin melaksanakan program vaksinasi di Selangor, Kuala Lumpur dan Seremban (Negeri Sembilan) boleh 24 jam sekarang,” katanya lagi.

Kes jangkitan COVID-19 di seluruh negara hari ini melonjak kepada 13,215 kes, berbanding semalam, 11,618 kes.

Selangor mendahului jumlah jangkitan dengan 6,120 kes diikuti Negeri Sembilan (1,603 kes) dan Kuala Lumpur (1,499 kes).

Warga emas di Lembah Klang boleh ‘walk in’ dapatkan suntikan vaksin – Dr Adham Baba


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Mantap! Mantap!”- Askar Pengaman Ireland Puji Abis Berkali-Kali Keenakan Rasa Nasi Lemak [VIDEO]

Bertumbuk tepi jalan di Pasir Tumbuh

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker