Perdana Menteri Ismail Sabri Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Dan Vishu

Perdana Menteri Ismail Sabri Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Dan Vishu

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan Selamat Menyambut Hari Good Friday dan Easter, kepada Keluarga Malaysia yang beragama Kristian.

Menerusi catatan di Facebooknya, beliau berkata Malaysia meraikan kebebasan beragama dan kepelbagaian sebagai sebuah keluarga besar dan saling menghormati antara satu sama lain.



“Inilah Malaysia…sebuah negara yang unik, harmoni dan silang budaya…Umpama selembar benang, dikait, ditenun dan dijalin, akhirnya menjadi kain yang sempurna indahnya…menjadi sebuah Keluarga Malaysia yang sejahtera,” katanya.

Penganut Kristian menyambut Good Friday hari ini dan Easter pada 17 April.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Menyambut Perayaan Vishu kepada masyarakat Malayalee di negara ini.

“Semoga perayaan tahun baharu bagi kaum Malayalee ini, membawa kebaikan dan keamanan di samping mengeratkan hubungan sesama Keluarga Malaysia,” katanya.

Perayaan itu disambut pada hari ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Dan Vishu



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker