Najib bidas kerajaan sekat aktiviti agama tetapi sekolah dan bazar terus dibuka

Mantan perdana menteri najib razak membidas kerajaan pn susulan larangan sebarang aktiviti khas Ramadan di masjid dan surau di zon merah di lima daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan bermula hari ini.

Melalui kemaskini fb beliau sebentar tadi najib mempersoalkan kewajaran langkah pkp berkenaan yg dilihat seolah-olah tindakan separuh masuk

Melalui laporan akbar harian metro larangan tersebut membabitkan majlis berbuka puasa, moreh, sahur, solat tarawih, tadarus al-Quran dan qiamullail serta program keagamaan.

Beliau mengingatkan kerajaan
bahawa hampir 100 kluster Covid sektor pendidikan sudah dikesan tahun ini termasuk 43 cluster dalam tempoh 16 hari lepas.

PRU15: Saya tak nak, tapi orang saya susah kalau saya kata tak nak tanding, kata Mahathir

Risiko penularan Covid di institusi pendidikan juga adalah lebih tinggi sebab murid-murid dan remaja biasanya tidak ada gejala dan sukar dikesan positif Covid jika dijangkit pun tapi mereka masih akan menjangkit murid-murid lain yang kemudiannya bawa Covid ke orang dewasa dalam rumah yang lebih tingginya risiko jatuh sakit.

Perlu ingat juga bahawa sebanyak 904 kes positif COVID-19 yang dilaporkan mempunyai sejarah kunjungan atau dijangkiti oleh individu yang pernah mengunjungi 22 bazar Ramadan yang diarah tutup selama tiga hari minggu lepas.

Kerajaan perlu menilai apa sebenarnya maksud PKP. Adakah ianya perintah kawalan pergerakkan atau perintah kawalan perlimen.

Hamid patut desak SPRM siasat ‘katak politik’ sejak zaman PH, kata pemimpin Umno

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker