Bukan nak pergi sangat tetapi sebab kawan – Ustaz Azhar



Sebaran :


“BUKAN aku nak pergi sangat tetapi sebab member (kawan).”

Demikian kata penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menjelaskan kehadirannya dalam majlis akikah anak kedua penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin hanyalah untuk memenuhi jemputan suami Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.

Menurut UAI, beliau bersahabat baik dengan Datuk K sejak tiga tahun lalu dan usahawan itu juga telah menjemputnya ke rumah sebanyak tiga kali apabila mengetahui UAI datang ke Kuala Lumpur.



UAI malah berkata Datuk K pernah menziarahinya selama dua jam ketika beliau ditimpa masalah kesihatan sebelum ini.

“Datuk K ini saing (kawan) kita. Dah tiga tahun bersaing tapi kita tak suka tunjuk gambar bersama.

“Ini kali ketiga dia jemput datang. Kita segan juga sebab masa sakit dia datang. Dua jam dia duduk ziarah. Jadi, kali ini kita balaslah,” katanya dalam satu rakaman video ceramah beliau yang tular.



Dalam pada itu, UAI turut menjelaskan rumah ibu mertuanya terletak berdekatan dengan rumah artis terkenal itu.

“Dia tau rumah emak mertua saya di bawah tu, rumah dia atas bukit. Kita bawah, marhaen jadi kita naik atas,” katanya.

Baca artikel berkaitan: “Tiada sebarang aktviti rentas negeri berlaku” – Siti Nurhaliza jawab dakwaan majlis tahnik langgar SOP



Mengulas lanjut, UAI berkata tiada salahnya jika beliau hadir menziarahi sahabat untuk mendoakan anak Datuk K dan Siti Nurhaliza itu.

“Lagi pun saya dah kata sibuk dan pergi bersama krew. Dia kata tak mengapa datang saja minum air. Jadi saya kata tak apalah saya pergi lepas tarawih, bila sampai majlis sudah habis.

“Jadi kalau anak kawan kita minta doa boleh tak? Ada tak kata tak boleh doakan anak? Ada tak dalam doa kata kalau pergi ke Kuala Lumpur tak boleh pergi rumah kawan? Tak ada,” jelas beliau lagi.



Majlis tahnik dan akikah anak kedua Siti Nurhaliza yang dihadiri beberapa agamawan terkenal termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, UAI dan Don Daniyal Don Biyajid itu mencetuskan kontroversi kerana didakwa melanggarkan sekatan rentas negeri.

Siti Nurhaliza dalam kenyataan hari ini bagaimanapun tampil menjelaskan perkara sebenar dengan mengatakan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku.

Baca artikel berkaitan: Siti Nurhaliza kongsi wajah anak, pilih nama Muhammad Afwa



Penyanyi nombor satu negara itu juga atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir juga mematuhi syarat penganjuran majlis sosial di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Polis Ampang bagaimanapun berkata akan menjalankan siasatan berhubung isu tersebut selepas menerima satu laporan hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memberitahu polis telah menjalankan siasatan mengikut Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.



“Pihak penganjur majlis sudah dikenal pasti dan dipanggil untuk hadir memberikan keterangan lanjut kejadian,” katanya. Utv

Isu Langgar SOP Majlis Tahnik Anak ..Siti Nurhaliza, Datuk K Minta Maaf


Sebaran :


One thought on “Bukan nak pergi sangat tetapi sebab kawan – Ustaz Azhar

  • Walau pun tiada rentas negeri, kalau boleh elak dari buat majlis ini lebih baik. Lagi pun sebagai mereka2 yang famous ini, menangani persepsi berkaitan pelanggaran SOP dari masyarakat agak sukar kalau tidak dikenakan dikompaun.

    Reply

Leave a Reply