Lebih 18,000 tandatangan bantah pembinaan SJKC di Kinrara

Syor kerajaan bina sekolah kebangsaan di penempatan BK5B

Lebih 18,000 telah menurunkan tandatangan menyokong petisyen dalam talian bertajuk ‘Bantahan Cadangan Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Too Joon Hing di Bandar Kinrara Puchong Selangor’.

Setakat jam 9.30 malam ini, petisyen yang dilancarkan di platform change.org oleh Persatuan Penduduk Bandar Kinrara (BK) itu berjaya mengumpul 18,030 tandatangan.

Dalam petisyen itu, Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara, Puchong Selangor, Mohamed Harun Mohamad Sidik menggesa menggesa Menteri Besar Selangor, Kementerian Pendidikan (KPM), pejabat pendidikan daerah atau negeri, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) serta Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kinrara supaya berbincang mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai isu pencerobohan tanah serta bantahan terhadap pembinaan SJKC Too Joon Hing.

Pembinaan SJKC Too Joon Hing ‘pencerobohan’ struktur sosial Melayu

Selain itu, Mohamed Harun turut mencadangkan kerajaan dalam beberapa perkara termasuk membina sebuah sekolah kebangsaan di penempatan BK5B sama seperti perancangan asal.

Katanya, perkara itu penting demi kebaikan semua kaum di Bandar Kinrara dan kawasan-kawasan berdekatan.

“Memperbanyakkan pembinaan sekolah kebangsaan di seluruh negara ini supaya menjadi sandaran dan aspirasi semua rakyat dalam mencapai keharmonian dan integrasi nasional dengan lebih meluas sejak dari peringkat awal pendidikan anak-anak bangsa.

SJKC diterima arus perdana? Hebat kamu ultra kiasu, sindir Ridhuan Tee

“Mewujudkan silibus tiga bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan bagi tujuan menghormati dan sekali gus memperkasakan anak-anak Malaysia dengan kemahiran bertutur dan memahami tiga bahasa utama ini sebagai persediaan karier yang semakin mencabar kini.

“Mengesyorkan ke arah satu jenis sekolah kebangsaan seperti negara-negara luar sebagai jangka masa panjang keharmonian integrasi nasional di Malaysia,” katanya.

Orang ramai yang ingin turut serta menyokong petisyen berkenaan boleh terus ke pautan https://www.change.org/p/menteri-besar-selangor-bantahan-cadangan-pembinaan-sjk-c-too-joon-hing-di-bandar-kinrara-puchong-selangor?recruiter=1032031211&utm_source=share_petition&utm_campaign=psf_combo_share_abi&utm_medium=whatsapp&utm_content=washarecopy_28560217_en-GB%3A4&recruited_by_id=17a7f380-2d5e-11ea-a0cf-27b9993174c3

KPM digesa tukar status SJKC Too Joon Hing kepada sekolah kebangsaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker