Azmin rapat dengan saya – Muhyiddin

Azmin rapat dengan saya – Muhyiddin

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malasyia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan desas desus bahawa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan meninggalkan parti.

Jelasnya, ia adalah dakwaan palsu dan beliau sering berbincang dengan Azmin mengenai parti.

“Setahu saya tidak betul (Azmin nak keluar parti), saya rapat dengan Azmin.

“Saya kerap berbincang dengan Azmin soal masuk keluar (parti) dan masa depan (parti).

“Malah Rashid (Datuk Rashid Hasnon) masa saya majlis raya dia tak ada bercerita (mengenai nak keluar Bersatu),” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat keenam Majlis Pemulihan Negara (MPN), di Kementerian Kewangan, hari ini.

Sebelum ini, timbul laporan sebuah portal berita yang melaporkan Azmin dan Rashid dijangka melompat parti.

Kedua-duanya dikatakan akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengikut jejak Datuk Zuraida Kamaruddin.

Muhyiddin dalam pada itu menganggap Azmin sebagai seorang yang baik kerana sering berbincang dengan beliau mengenai Bersatu.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga berkata, laporan media itu tidak berasas dan hanya menjadikan Bersatu sebagai sasaran.

“Tumpuan kepada Bersatu, apa (mereka) bimbang? Bersatu ini parti kecil sahaja, kalau tak ada cerita itu lebih baik,” jelas Muhyiddin.

Semalam, Setiausaha Politik Azmin, Hilman Idham menyifatkan laporan mengaitkan nama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu yang dijangka lompat parti adalah propanda murahan. MG

Azmin rapat dengan saya – Muhyiddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cik Non Viral meninggal dunia (video)

“Kau Ada Kaki,Tangan Pergilah Cari Kerja. Tolong Sedar Diri, Dah Miskin Buat Cara Miskin” – Zarina Anjoulie

#MeleTOP: 24 jam selepas Viral..ini keadaan terkini Restoran 35..memang tak sangka

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker