Zahid yakin BN mampu tawan negeri Melayu

ARAU – Barisan Nasional (BN) optimis mampu menawan negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti-parti komponen dalam gabungan itu kini bersedia selepas memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam menghadapi PRN tidak lama lagi.

“Kita telah segera susun bersama rakan lain dan kita telah berada di satu tahap memperbaiki kelemahan lalu.



“Saya juga yakin kesilapan pengundi-pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 lalu dapat diperbaiki kerana disitu terdapat penyesalan apabila berlaku pertukaran kerajaan,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Perlis di sini hari ini.

Tambahnya lagi, beliau yakin trend ini telah mengubah sokongan dan keyakinan tinggi kepada Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lebih stabil.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai permohonan MIC mahukan bilangan kerusi yang munasabah, Ahmad Zahid berkata, mereka telah melakukan perbincangan dengan kepimpinan parti lain dalam komponen BN semalam.

“Saya telah memberi tanggungjawab kepada Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi mengadakan perbincangan bersama parti-parti kompenan dalam melancarkan proses rundingan tersebut.



“Setelah rundingan berkenaan selesai di peringkat negeri, perkara itu kemudiannya akan dibawa untuk pertimbangan Dewan Tertinggi BN dan keputusan akhir berhubung penetapan kerusi itu akan diputuskan oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Pengerusi BN,” jelasnya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker