Robert Hanssen, ejen FBI yang menjadi pengintip bagi pihak Russia ditemukan mati dalam penjara

WASHINGTON: Bekas pengintip Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Robert Hanssen yang disifatkan biro itu sebagai yang ‘paling merosakkan’ dalam sejarahnya ditemui mati di dalam sel penjaranya semalam, kata pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Hanssen, 79, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada 2002 selepas mengaku bersalah menjadi pengintip bagi Kesatuan Soviet dan selepas itu Russia selama lebih 20 tahun.

Usaha kakitangan penjara yang cuba memberikan bantuan perubatan bagi menyelamatkannya tidak berjaya selepas Hanssen tidak bertindak balas dalam kejadian semalam, kata Biro Penjara dalam satu kenyataan.



Bagaimana Biro Penjara itu tidak mendedahkan punca kematian.

Hanssen menyertai FBI pada 1976 dan mula menjual maklumat sulit kepada Kesatuan Soviet pada 1985, menurut laman web FBI.

Pada masa penahanannya pada 2001, dia menerima lebih AS$1.4 juta (RM6.44 juta) tunai, dana bank dan berlian, sebagai pertukaran maklumat yang mengorbankan pelbagai sumber manusia, teknik risikan dan dokumen sulit AS, kata laman web FBI.

Penyiasat FBI bekerja keras selama bertahun-tahun untuk cuba mengenal pasti pengintip dalam pasukan mereka. Pada minggu-minggu sebelum penahanannya pada Februari 2001, kira-kira 300 kakitangan sedang menjalankan siasatan dan memantau Hanssen, menurut FBI.



Pasukan penangkapan membawa Hanssen ke dalam tahanan selepas menangkapnya sekali gus membuatnya ‘jatuh tersungkur’ apabila menemuinya bersembunyi di sebuah taman di pinggir bandar Virginia, kata FBI.

Dia menjalani hukuman seumur hidup di kemudahan keselamatan kawalan ketat tahap tinggi di Colorado. -REUTERS

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]



Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker