‘Tersamun’ anggota polis peronda, 3 penjenayah tersilap langkah

 

Hasrat tiga lelaki untuk melakukan samun tidak kesampaian apabila tersalah memilih sasaran dengan mangsa merupakan anggota Peronda Polis PLUS dalam kejadian di jalan pintas Gurun-Jeniang, Gurun dekat sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 38 tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di sini selepas selesai bertugas di Plaza Tol Gurun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku ketika mangsa memandu berseorangan di jalan pintas Gurun-Jeniang berdekatan kilang Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas).

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa ternampak seorang lelaki dalam keadaan terbaring di tengah jalan dan dia kemudian memberhentikan kenderaan dengan niat untuk membantu.

“Ketika mendekati lelaki yang terbaring itu, dua lagi lelaki tiba-tiba keluar dari kawasan berdekatan dan terus menendang anggota polis berpangkat Koperal itu dari belakang,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, anggota polis terbabit cuba melawan untuk mempertahankan diri sebelum berjaya menumbuk seorang suspek menyebabkan dua lagi rakan jenayah melarikan diri.

“Tindakan anggota berkenaan menyebabkan tiga penyamun terbabit berputih mata,” ujarnya

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker