Ku Li bersuara lagi, ramai masuk bertanding ‘bukan pembaharuan’ dalam UMNO

 

GUA MUSANG: Ramai calon yang membuat keputusan untuk bertanding pelbagai jawatan dalam pemilihan UMNO 2023-2026 kali ini dilihat bukan untuk pembaharuan kepada parti semata-mata.

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li sebaliknya berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa faktor kekurangan jawatan yang dipertandingkan menjadi antara punca keadaan tersebut berlaku.



“Tetapi…nak kata ini semua ini disebabkan oleh kerana ada pembaharuan ada keinginan memperkuatkan parti baru, saya rasa tidak sepenuhnya lah.

“Barangkali oleh kerana minat nak bertanding untuk jawatan yang tak dipertandingkan telah mendorong mereka untuk bertanding, maka mereka telah memilih untuk bertanding untuk jawatan-jawatan yang boleh dipertandingkan,” katanya kepada pemberita selepas Program Amanat Ku Li di Bukit Cekati di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ku Li turut menyatakan keinginannya untuk berehat setelah hampir tujuh dekad berkhidmat di dalam parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang memberi bayangan akan mempertahankan jawatannya buat kali terakhir pada pemilihan kali ini.



“Saya mula diberi amanat memegang jawatan tersebut pada 64 tahun lalu dan menganggap tempoh berkenaan telah mencukupi.

“Saya nak berehat dah. Saya rasa dah cukup,  dekat 70 tahun saya berkhidmat untuk parti. Daripada umur 22 kiralah sekarang dah 86 tahun,” ujarnya.

Bekas Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, keputusan untuk mempertahankan jawatan tersebut dilakukan atas desakan kepimpinan cawangan bagi mengelakkan perpecahan berlaku dan beliau turut berharap agar parti terus bersatu selepas ketiadaannya

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama



Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker