Dipenjara kerana tendang anggota polis atas alasan mahu pergi ke tandas

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 22 minggu hari ini kerana menyerang seorang pemandu teksi ketika dia memandu di dalam sebuah  terowong dan menendang seorang anggota polis, lapor portal berita Today.

Dalam hujah pembelaan, tertuduh mengaku menendang anggota polis itu, Namun, tindakan tersebut  ‘bukan kemahuannya’ kerana ketika kejadian, dia mabuk dan perlu pergi ke tandas.

Lelaki itu berdepan pertuduhan mendatangkan kecederaan kepada penjawat awam dan menyebabkan kecederaan secara sukarela.



Mahkamah mendengar bahawa mangsa iaitu seorang pemandu teksi berusia 73 tahun, mengambil warga China itu pergi minum bersama rakan-rakannya dan selepas teksi itu memasuki Lebuhraya Kallang-Paya Lebar (KPE), tertuduh menumbuk kepala dan leher mangsa.

Pemandu teksi itu menggunakan satu tangannya untuk menghalang serangan dan sebelah lagi untuk mengawal stereng kereta. Dia akhirnya menemui lokasi selamat lalu berhenti dan  melarikan diri sebelum menghubungi polis.

Warga China itu juga membuang air besar di tepi jalan yang turut dilihat oleh saksi sebelum polis datang. Semasa ditahan tertuduh menendang anggota polis sebanyak dua kali. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker