MCA gesa siasat dakwaan terhadap Azam Baki

MCA gesa siasat dakwaan terhadap Azam Baki

MCA menggesa Putrajaya untuk memulakan siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang dikatakan mempunyai kepentingan yang besar dalam sebuah syarikat senaraian awam.

Dalam satu kenyataan hari ini, jurucakap MCA Chan Quin Er berkata siasatan itu perlu bagi mengekalkan imej SPRM sebagai badan yang boleh dipercayai dan profesional.



“Menurut laporan, Azam, semasa menjadi ketua pesuruhjaya SPRM, didakwa memiliki dua juta saham dalam sebuah syarikat senaraian awam.

“Jika dakwaan ini benar, akan ada unsur konflik kepentingan dan pelanggaran peraturan yang digunakan untuk mengawal penjawat awam,” kata Chan, yang merupakan bekas timbalan pendakwa raya.

Chan berkata Azam dan SPRM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu, yang hanya akan menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti mereka.

“SPRM sepatutnya menjadi badan profesional yang diamanahkan untuk memerangi rasuah. Jika ia mengabaikan perkara integriti pegawai mereka sendiri, ini adalah satu bentuk kecuaian,” katanya.



Malaysiakini telah menghubungi Azam untuk mengulas.

Pada 14 Dis, Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa memfailkan usul tergempar kepada pejabat speaker Dewan Rakyat untuk mendapatkan perbahasan segera berhubung dakwaan terhadap Azam.

Menurut Sivarasa, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam Excel Force MSC Bhd setakat 21 Mac 2016.

Sivarasa mendakwa ini boleh melanggar Seksyen 23 Pekeliling Perkhidmatan 3/2002 yang menghalang penjawat awam daripada memiliki pegangan ekuiti yang bernilai melebihi RM100,000.



Sebelum ini, seorang anggota Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM membawa perkara itu kepada ketua lembaganya, Borhan Dolah pada 12 Nov.

Edmund Terence Gomez, dalam surat-menyuratnya dengan Borhan, telah melampirkan dokumen berkaitan kepentingan korporat Azam tetapi lembaga itu tidak bertindak atas aduannya.

Berikutan itu, Gomez meletak jawatan daripada lembaga itu pada 27 Dis. Mk

MCA gesa siasat dakwaan terhadap Azam Baki




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Puteri Balqis rayu dana untuk selamatkan Ariq Rizqy



Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker