Ibu malang terpaksa beranak di tepi jalan

Seorang wanita yang sarat mengandung terpaksa melahirkan anak di tepi jalan berhampiran pejabat pegawai daerah di barat Bengal di Durgapur.

Keadaan itu terpaksa dilalui wanita malang itu selepas kemasukannya ke sebuah hospital di Durgapur untuk mendapatkan rawatan lanjut dinafikan pihak hospital berkenaan.

Wanita yang dikenali sebagai Puja Shaw itu datang ke hospital berkenaan bersama ibunya dalam keadaan sarat untuk melahirkan anaknya.

Ibunya, Titha Goswami berkata, walaupun merayu beberapa kali supaya kemasukan anak perempuannya diterima namun pihak hospital tetap berkeras menafikan permintaannya itu.



“Anak perempuan saya berada dalam keadaan kesakitan untuk melahirkan anak namun pihak hospital tidak mahu memberikan rawatan sewajarnya,” katanya kepada Asian News International (ANI) seperti yang dilaporkan Gulf News.

Beliau berkata, doktor yang menyedari kejadian itu juga tidak membantu sehingga mereka terpaksa meninggalkan hospital berkenaan.

Hanya beberapa ketika, anaknya melahirkan seorang bayi di tepi jalan kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Majistret Daerah Durgapur, Anirban Koley yang mendapat tahu kejadian itu membawa ibu dan bayinya untuk mendapatkan rawatan lanjut. HM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker