2 remaja bakar tandas hingga rakan maut diarah cuci tandas awam 100 jam

2 remaja bakar tandas hingga rakan maut diarah cuci tandas awam 100 jam

KUALA SELANGOR: Dua remaja yang membakar tandas awam ketika seorang rakan mereka terperangkap di dalamnya dan kemudian maut dalam kejadian di sini pada Ogos tahun lalu, diperintah menjalani khidmat masyarakat mencuci tandas awam selama 100 jam.

Pada prosiding di Mahkamah Majistret di sini hari ini, kedua-dua remaja lelaki berusia 16 tahun ketika kejadian itu juga diperintah berkelakuan baik dengan bon RM1,000 selama dua tahun, selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali bagi tempoh sama.



Majistret Siti Hajar Ali turut memerintahkan mereka tidak boleh keluar rumah bersendirian bermula jam 8 malam hingga 6 pagi, kecuali ditemani ibu bapa masing-masing serta perlu hadir bengkel yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tedahulu, kedua-dua remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Mengikut fakta kes, mereka didakwa melakukan khianat dengan api dan menyebabkan kebinasaan kepada tandas awam gelanggang futsal, Jalan Cakera Purnama, Fasa 3 Bandar Puncak Alam, di sini, pada jam 2.47 petang, 28 Ogos tahun lalu.

Prosiding hari ini turut mendengar laporan akhlak kedua-dua tertuduh dikemukakan JKM, selain pernyataan dua orang awam, termasuk seorang guru.



Mangsa dalam kejadian berkenaan ditemukan rentung selepas kebakaran tandas itu dipadamkan pihak bomba. BH

2 remaja bakar tandas hingga rakan maut diarah cuci tandas awam 100 jam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker