PAS tarik balik hantaran ucapan tahniah kepada Taliban di media sosial

PAS tarik balik hantaran ucapan tahniah kepada Taliban di media sosial

PAS menarik balik hantaran ucapan tahniah kepada kepada Taliban atas kemenangan di Afghanistan yang dikatakan berjaya memerdekakan negara itu daripada “cengkaman penjajah” di semua platform media sosialnya.

Setiausaha Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar, Khidhir Izaidin berkata, ini berikutan hantaran ucapan tahniah sebelum itu telah diturunkan oleh pihak Facebook.

“Saya ingin membuat penjelasan bahawa ‘posting’ terdahulu telah dibawa turun oleh pihak Facebook dengan sebab “didn’t follow our Community Standards” (gagal mematuhi standard komuniti).

“Kami mengambil keputusan untuk menarik balik ‘posting’ kami di semua platform media sosial bagi mengelak disekat oleh platform-platform media sosial yang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Khidhir berkata, Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar Negara PAS bakal menganjurkan satu program mengenai isu Afghanistan.

Katanya, forum itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Terdahulu, seorang pemimpin PAS mengucapkan tahniah kepada Taliban atas kemenangan di Afghanistan dan berjaya memerdekakan negara itu daripada “cengkaman penjajah”.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kemenangan itu adalah hasil usaha semua rakyat Afghanistan untuk membebaskan tanah air mereka yang dijajah selama 20 tahun.

Khalil yang juga ADUN Batu Buruk dan anak Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, berharap kerajaan baharu Afghanistan dan rakyatnya dapat berganding bahu serta bekerjasama membangunkan semula negara itu berpandukan syariat dan nilai Islam.
FMT

PAS tarik balik hantaran ucapan tahniah kepada Taliban di media sosial


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker