AS beri amaran Perhimpunan Agung PBB boleh jadi super spreader Covid

AS beri amaran Perhimpunan Agung PBB boleh jadi super spreader Covid

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Amerika Syarikat menggesa pemimpin dunia menghantar video berbanding pergi ke New York bulan depan untuk menghadiri perhimpunan tahunan peringkat tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana ia dapat membantu mengelakkannya “menjadi acara super-spreader” ketika pandemik Covid-19.

Mesyuarat pemimpin dunia untuk Perhimpunan Agung PBB ke-76 mulai 21 Sept ini, akan menjadi acara hibrid ucapan dengan kehadiran secara fizikal dan pernyataan video kerana kadar vaksinasi global berlainan serta penularan varian Covid-19 mencetuskan kebimbangan.



“Kami memerlukan bantuan anda untuk mencegah Minggu Peringkat Tertinggi UNGA 76 daripada menjadi acara ‘super-spreader’,” tulis Duta AS ke PBB, Linda Thomas-Greenfield, dalam surat bertarikh 13 Ogos lalu kepada rakan sejawatannya di badan dunia dengan 193 anggota.

“Ketua delegasi perlu mempertimbangkan untuk menyampaikan kenyataan mereka di Perbahasan Umum Perhimpunan Agung PBB melalui video. Jika delegasi memilih untuk ke New York…kami meminta delegasi membawa jumlah minimum individu yang diperlukan.”

AS turut menggesa semua mesyuarat dan sebarang acara sampingan anjuran PBB diadakan secara maya sepenuhnya.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres sedang merancang acara berperingkat tinggi ketika perhimpunan selama seminggu mengenai perubahan iklim, peralihan tenaga dan sistem makanan, kata diplomat.

Perhimpunan tahun lalu dianggap sambutan ulang tahun ke-75 badan dunia itu, tetapi pemimpin sebaliknya menghantar video pra rakam atau meminta duta PBB mereka yang berpusat di New York untuk menyampaikan ucapan akibat Covid-19.

Semalam, Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, PBB sedang membincangkan acara tahun ini dengan AS dan “keadaan menjadi lebih jelas” setiap hari. FMT



AS beri amaran Perhimpunan Agung PBB boleh jadi super spreader Covid

Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker