Ketua Wanita negeri nafi dipaksa sokong Noraini

Ketua Wanita negeri nafi dipaksa sokong Noraini

Wanita UMNO menafikan dakwaan kononnya ketua sayap parti itu di peringkat negeri dipaksa membuat kenyataan menyokong Datuk Seri Noraini Ahmad untuk kekal sebagai teraju dalam pemilihan akan datang.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai tohmahan, Setiausahanya, Datuk Rosni Sahar, berkata angka sokongan terhadap individu yang akan bertanding bagi jawatan Ketua Wanita UMNO itu seperti disebarkan juga tidak benar.



Mengulas lanjut, katanya, ada tabloid mengeluarkan kenyataan kononnya wanita dari bahagian tertentu meminta Noraini untuk berundur dan ada juga mengatakan beliau memanggil mesyuarat memaksa Ketua Wanita di peringkat negeri menyatakan sokongan bagi pihak Wanita bahagian.

“Saya harap Wanita UMNO lebih fokus kepada persiapan untuk pilihan raya di enam negeri yang bakal tiba.

“Wanita perlu tumpukan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan gerak kerja Jalinan Rakyat (JR) di enam negeri itu. Jangan biarkan pemilihan menjejaskan gerak kerja yang dijalankan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah yang dilapor berkata 147 Ketua Wanita UMNO di peringkat membuat keputusan menyokong bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, untuk kembali menerajui kepemimpinan sayap parti itu ketika satu pertemuan yang diadakan baru-baru ini.



Turut dilaporkan Ketua Wanita UMNO negeri dipaksa oleh Wanita UMNO Pusat untuk menyatakan sokongan kepada Noraini dan Norliza.

Dalam pada itu, Rosni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, berkata kebanyakan negeri yang menyatakan sokongan terhadap Noraini dan Naib Ketua Wanita, Datuk Norliza Rahim untuk terus menerajui sayap parti itu adalah dengan kerelaan mereka sendiri.

“Ia seiring usul yang dibawa di Perhimpunan Agung Wanita lalu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Kinabatangan, Aminah Johan melalui suratnya kepada Noraini memohon pencerahan kerana kecewa sekiranya dakwaan itu benar.



“Sudah pasti Ketua Wanita UMNO negeri terpaksa menyatakan sokongan diarahkan kerana mereka dilantik ke jawatan itu oleh Ketua Wanita UMNO.

“Beri kebebasan kepada Wanita UMNO di akar umbi untuk menjalankan hak demokrasi kami memilih Ketua Wanita yang benar-benar layak dan mampu memimpin kami.

“Kami sokong kepimpinan Presiden dan Timbalan Presiden kerana mereka memastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan pada hari ini,” katanya.

Dalam surat yang sama, Aminah berkata, pertandingan di pucuk pimpinan Wanita UMNO tidak akan memberi kesan kepada kestabilan kerajaan kerana Ketua Wanita UMNO tiada jawatan dalam kerajaan. BH



Ketua Wanita negeri nafi dipaksa sokong Noraini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi



Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker