Isu tiga beradik peluk Islam, DAP jangan bermain api

GUA MUSANG – Rakyat Malaysia terutamanya golongan politik diingatkan agar tidak sesekali bermain dengan kata-kata yang boleh mencetuskan api agama dan perkauman berkenaan isu tiga beradik berusia 10 hingga 14 tahun bersama bapanya yang telah memeluk agama Islam pada Julai 2020.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, gesaan itu dibuat kerana ada unsur campur tangan daripada DAP dan Pakatan Harapan (PH) yang sengaja mencetuskan perbalahan tentang isu agama dan perkauman.

Tegasnya, seseorang bukan Islam yang ingin menukar agama kepada agama Islam perlu melalui beberapa proses yang telah ditetapkan mengikut negeri-negeri termasuk dalam soal aspek agama anak.



“Dalam isu agama anak di bawah umur 18 tahun, wujud perbezaan syarat mengikut negeri iaitu ada negeri yang mensyaratkan persetujuan salah seorang ibu atau bapa, namun ada negeri yang mensyaratkan persetujuan kedua-duanya.

“Dalam hal ini, kita menghormati syarat-syarat yang diputuskan oleh setiap negeri, kerana perkara itu di bawah bidang kuasa negeri. Syarat-syarat yang diputuskan juga adalah berasaskan kepada pandangan ulama dan fatwa yang sah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Program Jom ke Sekolah di Dewan Felda Chiku 3, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata, merujuk kepada isu di Perlis, tindakan bapa bersama tiga kanak-kanak yang memeluk Islam adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di negeri itu.

Katanya, hal itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian apabila pihak yang telah menukar agamanya kepada Islam mengikut prosedur dan undang-undang negeri yang telah ditetapkan secara sah.



“Perkara paling penting adalah soal menjaga kebajikan dan mempertahankan akidah tiga beradik berkenaan. Tiga beradik itu kini di bawah jagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan usaha ke arah untuk berjumpa dengan ibu mereka sedang dilakukan pihak berwajib,” katanya.

Pada Isnin lalu, Loh Siew Hong, 34, ibu kepada kanak-kanak itu membuat laporan polis bagi meminta kepulangan tiga anaknya, yang didakwa ditahan seorang pendakwah wanita dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mualaf di Tasek Gelugor, Pulau Pinang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker